Peranan Badan Bukan Kerajaan berkaitan Homoseksual dari Perspektif Kumpulan Sasaran
Badan bukan kerajaan diwujudkan dengan tujuan dan gerak kerja yang difokuskan berdasarkan matlamat penubuhannya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan yang dijalankan oleh PT Foundation terhadap kumpulan sasarannya iaitu golongan homoseksual. Subjek penelitian kajian ini adalah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
School of Social Sciences
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/37559/1/sspis_2015_ms41_-_51.pdf http://eprints.usm.my/37559/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Badan bukan kerajaan diwujudkan dengan tujuan dan gerak kerja yang difokuskan berdasarkan matlamat penubuhannya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan yang dijalankan oleh PT Foundation terhadap kumpulan sasarannya iaitu golongan homoseksual. Subjek penelitian kajian ini adalah kumpulan homoseksual dan peranan badan bukan kerajaan yang berkaitan iaitu PT Foundation. Objektif kajian ini, pertama untuk mengenalpasti peranan PT Foundation dengan melihat kepada program yang dilaksanakan untuk kumpulan homoseksual dan kedua untuk melihat dari perspektif kumpulan sasaran iaitu kumpulan homoseksual terhadap peranan PT Foundation ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan oleh pihak PT Foundation terhadap kumpulan sasarannya. Metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah metode penentuan subjek, seterusnya pengumpulan data dan analisis data. Hasil kajian ini, menunjukkan PT Foundation melaksanakan program-program yang dapat membantu kumpulan homosekual ini secara positif serta dilihat dapat membantu kumpulan sasaran yang memerlukan perkhidmatannya dengan keperluan kaunseling dan bimbingan, dan pendidikan dan kesedaran HIV dan AIDS. Perspektif kumpulan homoseksual juga menunjukkan terdapat segelintir yang menolak dengan alasan tidak bersetuju dengan melihat peranan PT Foundation sebagai pihak yang memperjuangkan dan menyokong hak asasi manusia bagi kumpulan homoseksual. |
---|