Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah (The Influence Of Psychological Factors On Primary School Pupils’ Self-Regulated Learning)
Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang d...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/34746/1/Art_3%2839-54%29.pdf http://eprints.usm.my/34746/ http://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%203(39-54).pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur
pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi
kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang dikaji adalah efikasi kendiri,
orientasi matlamat pembelajaran (intrinsik dan ekstrinsik) dan kepercayaan tentang
kepintaran (entiti dan usaha). Kaedah penyelidikan kuantitatif telah digunakan untuk
mencapai objektif penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada 639 orang murid Tahun
4 dan 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok
telah digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen Motivated Strategies for
Learning Questionnaire (MSLQ) digunakan untuk mengukur kemahiran pembelajaran
regulasi kendiri murid manakala faktor psikologi mereka pula diukur dengan Skala
Efikasi Kendiri Kanak-kanak Skala Orientasi Matlamat dan Skala Beliefs of Intelligence.
Instrumen-instrumen ini telah diubahsuai untuk digunakan dalam konteks Malaysia.
Korelasi Pearson r dan analisis Regresi Berganda Stepwise digunakan untuk
menganalisis data kajian. Keputusan pekali korelasi Pearson r menunjukkan bahawa
kesemua faktor psikologi yang dikaji mempunyai hubungan positif yang signifikan
dengan pembelajaran regulasi kendiri, kecuali kepercayaan entiti (r = .01, p > .05).
Orientasi matlamat intrinsik (r = .52, p < .01) didapati mempunyai hubungan yang kuat
dengan pembelajaran regulasi kendiri manakala efikasi kendiri mencatatkan korelasi yang
sederhana (r = .39, p < .01). Faktor psikologi yang mempunyai hubungan lemah namun
signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri ialah orientasi matlamat ekstrinsik
(r = .08, p < .05) dan kepercayaan usaha (r = .27, p < .01). Hasil analisis Regresi
Berganda Stepwise menunjukkan bahawa Model Regresi P3 (orientasi matlamat intrinsik,
efikasi kendiri dan kepercayaan entiti) menyumbang sebanyak 31.3% (R2 = .313)
perubahan varians terhadap pembelajaran regulasi kendiri [F(3,583) = 88.559, p < .05].
Pengaruh orientasi matlamat intrinsik (β = .473, p < .05) adalah paling tinggi, diikuti
dengan efikasi kendiri (β = .128, p < .05) dan kepercayaan entiti (β = .081, p < .05).
Model psikologi diri ini memberi sumbangan dalam meramal pembelajaran regulasi
kendiri murid sekolah rendah. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor psikologi diri harus
diambil kira dalam usaha melahirkan murid yang lebih berdikari dan berkemahiran
menyusun atur pembelajaran secara kendiri. |
---|