Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah (The Effects Of Clinical Supervision On The Teaching Performance Of Secondary School Teachers)
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penyeliaan klinikal ke atas prestasi pengajaran guru di sekolah menengah di Sabah. Kajian ini melibatkan 33 orang guru dari sebuah sekolah menengah di mana 11 (33%) adalah guru lelaki dan 22 (67%) adalah guru perempuan. Kajian ini menggunakan sat...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/34717/1/apjee28_2013_art6_81_102.pdf http://eprints.usm.my/34717/ http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art6_81_102.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penyeliaan klinikal ke atas
prestasi pengajaran guru di sekolah menengah di Sabah. Kajian ini melibatkan 33 orang
guru dari sebuah sekolah menengah di mana 11 (33%) adalah guru lelaki dan 22 (67%)
adalah guru perempuan. Kajian ini menggunakan satu set instrumen untuk memerhati
pengajaran dan pembelajaran yang telah diadaptasi daripada Instrumen Pemastian
Standard (IPS) dari Jemaah Nazir Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). IPS
telah digunakan oleh semua sekolah untuk menilai dimensi III, pengurusan program
pendidikan, elemen ke-9 yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prestasi
pengajaran guru diukur berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), set induksi,
penyampaian pengajaran, teknik penyoalan, penglibatan pelajar, pengukuhan, latihan
pelajar dan tugasan, memeriksa latihan dan tugasan pelajar, penutupan pelajaran dan
pengurusan kelas sebelum dan selepas penyeliaan klinikal. Hasil dapatan kajian ini
membantu guru-guru di sekolah untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan ketika
penyampaian pengajaran dilakukan dalam bilik darjah. Penyeliaan klinikal turut
membantu guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
supaya pengajaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar. Penyeliaan klinikal juga
dapat dijadikan panduan kepada jemaah nazir sekolah untuk memperbaiki IPS yang
digunakan. |
---|