Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Alam Sekitar (The Effect Of Teaching And Learning Of Environmental Education Through Mural Painting Activity In Enhancing The Knowledge And Awareness Of Secondary School Students Towards The Environment)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti penghayatan melukis mural dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijalanka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Rohana, Harun, Rosta, Muda, Azizi, Ismail, Ismi Arif
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34612/1/apjee28_2013_art2_11_31.pdf
http://eprints.usm.my/34612/
http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art2_11_31.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti penghayatan melukis mural dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijalankan di dalam kelas selama 1 jam seminggu sebanyak 4 kali manakala aktiviti melukis mural bertemakan ekosistem marin dijalankan di luar kelas selama sebulan. Reka bentuk kajian ini adalah kuasieksperimental menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan-kumpulan tidak seimbang dengan pengukuran berulang. Kajian ini melibatkan seramai 128 orang pelajar tingkatan dua daripada dua buah sekolah menengah harian biasa di daerah Gombak, Selangor. Sebuah sekolah telah dipilih sebagai kumpulan kawalan dan sebuah lagi sebagai kumpulan eksperimen yang diwakili oleh seramai 64 orang pelajar bagi setiap sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian ini akan diuji dengan empat jenis instrumen iaitu ujian pra, ujian pos 1, ujian pos 2 dan ujian pos 3. Setiap instrumen mengandungi 20 soalan pengetahuan dengan 4 pilihan jawapan dan 18 pernyataan kesedaran yang mengukur sikap dalam bentuk skala 5-Likert. Keputusan kajian mendapati kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar tetapi tidak kepada kumpulan kawalan.