Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia (Communication Skills Among Training Teachers Of Universiti Sains Malaysia)

Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan guru pelatih, Pusat Pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Nor Shafrin, Amzah, Fadzilah, Aman, Rahimi Che
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34540/1/JPP24_08_NorShafrin_125-142.pdf
http://eprints.usm.my/34540/
http://apjee.usm.my/APJEE_24_2009/JPP24_08_NorShafrin_125-142.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan guru pelatih, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti program Latihan Mengajar. Aspek komunikasi lisan yang dikaji merangkumi intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran guru dalam menyampaikan pengajaran. Aspek komunikasi bukan lisan yang dikaji pula merangkumi ekspresi muka, kontak mata dan sentuhan. Kaedah kualitatif yang melibatkan pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen digunakan dalam memperoleh maklumat kajian. Seramai 12 orang guru pelatih dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Dapatan diperoleh melalui analisis kandungan. Keputusan menunjukkan terdapat guru pelatih yang masih mengalami kesukaran menjelaskan sesuatu sebutan dengan betul. Kelancaran dalam menyampaikan pengajaran juga terbatas dengan penggunaan buku teks serta intonasi suara yang senada dan tidak menarik. Manakala bagi aspek bukan lisan, guru didapati tidak dapat menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan isi penting atau semasa menggambarkan sesuatu situasi. Majoriti menunjukkan kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di bahagian hadapan kelas. Didapati hanya seorang guru pelatih membuat sentuhan kepada murid sebagai penghargaan atau memberi galakan dan sokongan.