Keadilan Organisasi, Kepercayaan Dan Altruisme

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan amalan organisasi (keadilan dan kepercayaan) dalam meningkatkan tingkah laku proaktif guru (altruisme). Seramai 116 orang penolong kanan pentadbiran dari sekolah menengah kebangsaan harian telah dipilih secara rawak daripada negeri-negeri di Uta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Abdul Ghani Kanesan, Tang , Keow Ngang, Ismail, Aziah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34337/1/JPP_05_ABD_GHANI_ART_5_%2875-92%29.pdf
http://eprints.usm.my/34337/
http://apjee.usm.my/APJEE_22_2007/JPP%2005%20ABD%20GHANI%20ART%205%20(75-92).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan amalan organisasi (keadilan dan kepercayaan) dalam meningkatkan tingkah laku proaktif guru (altruisme). Seramai 116 orang penolong kanan pentadbiran dari sekolah menengah kebangsaan harian telah dipilih secara rawak daripada negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Data kajian pula diperoleh dengan menggunakan satu set soal selidik daripada responden yang terdiri daripada tiga bahagian. Soal selidik terjemahan daripada Moorman (2001) digunakan bagi mengenal pasti keadilan organisasi. Manakala bagi mengukur kepercayaan guru terhadap pengetua dan organisasi pula, soal selidik terjemahan Scott (1981) digunakan. Seterusnya skala 8 item terjemahan Smith, Organ dan Near (1983) digunakan untuk mengukur altruisme guru. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan langsung keadilan organisasi terhadap kepercayaan guru terhadap organisasi dan kepercayaan guru terhadap pengetua. Malah keadilan organisasi juga muncul sebagai peramal yang signifikan terhadap altruisme guru. Dapatan kajian ini juga turut membuktikan bahawa kedua-dua variabel kepercayaan mampu bertindak sebagai pengantara yang signifikan dalam hubungan untuk meningkatkan keadilan organisasi dan altruisme guru.