Youth Energy Squad
GEORGETOWN, 3 FEBRUARI 2012 - International Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) di bawah projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) telah menganjurkan satu program bersama pelajarpelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) - Kolej Teknologi Cosmopoint, Pulau P...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/33358/1/Youth_Energy_Squad.pdf http://eprints.usm.my/33358/ http://cetree.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | GEORGETOWN, 3 FEBRUARI 2012 - International Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) di
bawah projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) telah menganjurkan satu program bersama pelajarpelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) - Kolej Teknologi Cosmopoint, Pulau Pinang bagi memindahkan ilmu
berkaitan Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga. Menyedari kepentingan dan kepakaran berkaitan Teknologi Hijau,
CETREE dijemput bagi menyertai dan terlibat secara langsung bagi menyampaikan maklumat dari segi eksperimen
hands-on dengan membawa Unit Pameran Bergerak ke Kolej Teknologi, Cosmopoint Pulau.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai
betapa pentingnya Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga kepada kita semua rakyat Malaysia pada masa sekarang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program sehari bersama Kolej Teknologi Cosmopoint Pulau ialah sesi
ceramah dan soalan berkaitan tajuk Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga serta lawatan ke Unit Pameran
Bergerak CETREE. Pelbagai kiosk-kiosk Teknologi Hijau yang dapat disaksikan serta boleh dijadikan pengajaran dan
ilmu pengetahuan bersama.
CETREE diwakili oleh Pen. Peg. Penyelidik CETREE, En. Mohd Nizam Md Saad dan dibantu oleh sekretariat CETREE,
En. Izzat Noordin, En. Muhamad Zamree Zulkipli, dan En. Muhamad Syabil Saad sebagai fasilitator yang membantu
memberi penerangan mengenai Unit Pameran Bergerak (Van Teknologi Hijau) serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada
pelajar-pelajar dan komuniti-komuniti kawasan Georgetown yang hadir. |
---|