Minggu Sains Dan Matematik Smk Megat Dewa, Kodiang, Kedah Tahun 2016
KODIANG, KEDAH, APRIL 2016 – Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE> telah mengadakan pameran kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa yang bertempat di daerah Kodiang, Kedah. Teknologi Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malay...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/33230/1/MINGGU_SAINS_DAN_MATEMATIK_SMK_MEGAT_DEWA%2C_KODIANG%2C_KEDAH_TAHUN_2016.pdf http://eprints.usm.my/33230/ http://cetree.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | KODIANG, KEDAH, APRIL 2016 – Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE> telah mengadakan pameran
kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa yang bertempat di daerah
Kodiang, Kedah. Teknologi Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani
kehidupan seharian.
Seramai tiga orang telah terlibat menjayakan program tersebut. Antara yang turut terlibat ialah pegawai – pegawai
daripada CETREE>, Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Bin Abdul Razak dan Encik Muhamad Safiuddin
Muhamad Rasidi sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai kenderaan Unit Pameran Bergerak
Teknologi Hijau serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada semua guru dan pelajar yang berada di Sekolah Menengah
Kebangsaan Megat Dewa.
Aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung, merupakan pegawai CETREE> sebagai fasilitator telah
menerangkan dan memaklumkan tentang penggunaan kenderaan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau serta
melakukan demonstrasi kepada warga sekolah bagaimana kenderaan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau
berfungsi. Program dijalankan melibatkan pelajar semua kelas. Setiap kelas dianggarkan hampir dalam 35 orang murid
yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa
Sememangnya kita tahu, pelajar-pelajar tidak begitu arif berkaitan kepentingan Teknologi Hijau. Oleh itu, Unit Pameran
Bergerak Teknologi Hijau CETREE> telah menyampaikan dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau
kepada pelajar-pelajar sekolah. Maklumbalas yang positif telah diperolehi daripada pihak Puan Pengetua, Hajjah Sopiah
Ibrahim kepada CETREE> setelah selesai program dijalankan. Program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah
Menengah Kebangsaan Megat Dewa sempena bulan Sains dan Matematik peringkat sekolah. |
---|