Evaluation Of Snorkelling Satisfaction Level At Pulau Payar Marine Park, Malaysia

Sejak 10 tahun yang lalu, Taman Laut Malaysia telah menerima hampir 7.4 juta pelancong dari seluruh dunia. Peningkatan bilangan pelancong dan pertumbuhan pelancongan massa telah menyebabkan jumlah pelancong yang tidak terkawal, kadangkala melebihi tahap tampungan di kawasan Taman Laut. Oleh kerana a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salim, Nurbaidura
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31980/1/Nurbaidura_Salim.pdf
http://eprints.usm.my/31980/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak 10 tahun yang lalu, Taman Laut Malaysia telah menerima hampir 7.4 juta pelancong dari seluruh dunia. Peningkatan bilangan pelancong dan pertumbuhan pelancongan massa telah menyebabkan jumlah pelancong yang tidak terkawal, kadangkala melebihi tahap tampungan di kawasan Taman Laut. Oleh kerana akses yang mudah untuk ke Taman Laut dan kegagalan sistem pasaran dalam menyekat penggunaan mereka, kesesakan pengunjung di kawasan Taman Laut telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar. Situasi seperti ini bukan sahaja memusnahkan terumbu karang, malah ia juga boleh mengurangkan kualiti pengalaman dan tahap kepuasan pelancong. Memandangkan snorkeling merupakan aktiviti utama pengunjung ke Taman Laut, kajian ini menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap aktiviti snorkeling dengan memilih Taman Laut Pulau Payar sebagai kawasan kajian. Kajian ini juga menentukan bidang pengurusan yang memerlukan penambahbaikan di kawasan kajian. Selain itu, tahap kepuasan snorkeling juga dinilai dengan menganalisa hubungannya dengan karekteristik demografi (umur, jantina, pengalaman melancong, pendapatan, negara asal dan tahap pendidikan). Persampelan konvenien telah digunakan dan responden dipilih dalam kalangan pengunjung harian yang berkunjung ke Pulau Payar. Marine Parks in Malaysia have received almost 7.4 million tourists from all over the world for the past ten years. Continuous growth in the number of tourists and mass tourism has resulted in an uncontrolled number of tourists, sometimes surpassing the carrying capacity of the site. Due to the open-access nature of marine parks and the failure of the market system in restricting their use, crowdedness tend to take place at the site, resulting in environmental degradation. Such a situation is not only damaging the coral environment, but may also reduce the quality of visitors’ experience and satisfaction level. As snorkeling is the main activity engaged in while visiting the marine parks, this research evaluates the level of snorkelling satisfaction by examining Pulau Payar Marine Park as a case study. This study also considers areas of management which should be improved at the marine park. Also, snorkelling satisfaction was also examined by analysing its relationship with socio-demographic characteristics (age, gender, past travel experience, income, country of origin and education level). Convenience sampling was employed and respondents were selected among day-trip snorkelers visiting Pulau Payar.