Pemasalahan Melayu Pulau Pinang.

Masalah Melayu Pulau Pinang tidak bebas dari rantau ini, dan sejarah kedatangan Inggeris ke Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1786. lanya bermula dengan kebenaran yang diberikan kepada Inggeris (Francis Light) oleh kerajaan Kedah untuk menyewa dan meneroka Pulau Pinang pada tahun 1800 melalui sat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baharuddin, Amir Hussin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31281/1/PEMASALAHAN_MELAYU_PULAU_PINANG.pdf
http://eprints.usm.my/31281/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah Melayu Pulau Pinang tidak bebas dari rantau ini, dan sejarah kedatangan Inggeris ke Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1786. lanya bermula dengan kebenaran yang diberikan kepada Inggeris (Francis Light) oleh kerajaan Kedah untuk menyewa dan meneroka Pulau Pinang pada tahun 1800 melalui satu perjanjian diantara Dziauddin Mukaram Shah dengan George Leith (Gabenor Pulau Pinang diwaktu itu): Bermula dengan majoriti Melayu dipulau sehinggalah Melayu menjadi minoriti keseluruhan negeri Pulau Pinang. Masalah-masalah ekonomi yang timbul adalah akibat dari putar belit pihak penjajah Inggeris, kedudukan strategik Pulau ini, kedatangan pendatang elite luar, ketiadaan reseb melayu dan penerusan tradisi sewaan dari negeri Kedah selepas merdeka 1957. Sikap dan perlakuan orang-orang Melayu dari golongan biasa sehinggalah kepada golongan pemimpin yang tidak prihatin terhadap bangsanya sendiri. Keengganan dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh pihak yang dipertanggung jawab untuk melaksanakan arahan kerajaan pusat,dan strategi domenasi melaui nilai tanah oleh kerajaan dan agensi negeri, serta ketidaksungguhan yang ditunjukkan untuk mcnjaga kepentingan Melayu dinegeri ini menyebabkan melayu semakin pupus disini (dari majoriti menjadi minoriti). Masalah ekonomi Melayu Pulau Pinang masih mempunyai peluang untuk dipulihkan (masih belum terlewat) walaupun ianya agak berat. Masalah Melayu dapat diselesaikan sekiranya kita semua yakin dan bertanggung jawab,berganding bahu mengembeling tenaga dengan satu tujuan iaitu menjaga minoriti yang ada sekarang dan menjaga imej Malaysia serta identiti negara di negeri yang amat popular (Pulau Pinang) dikalangan pelancong luar dan dalam negara. Dihari ini kita telah berjaya menunjukkan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum tanpa wujud golongan tempang atau terbiar. Penyelesaian boleh dibuat dari sumber tempatan. peringkat pusat dan Masyarakat Melayu tempatan. Adalah lebih baik kita kurangkan bcrcakap dan kuatkan strategi kita secara "silent'. Semakin banyak kita bcrcakap semakin terdedah kepada kcmusnahan.