Prospek Pengurusan Modal Mampu Meningkatkan Prestasi Baitulmal Di Malaysia
Kajian ini mengenai Baitulmal iaitu sebuah perbendaharaan yang menguruskan kewangan Islam negara. Kedudukan Baitulmal sebagai sebuah perbendahaan Islam seharusnya diletakkan dalam struktur perdana negara. Tetapi peranan Baitulmal dipinggirkan serta diperkecilkan fungsinya dalam unit-unit kecil di...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9901 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengenai Baitulmal iaitu sebuah perbendaharaan yang menguruskan kewangan
Islam negara. Kedudukan Baitulmal sebagai sebuah perbendahaan Islam seharusnya
diletakkan dalam struktur perdana negara. Tetapi peranan Baitulmal dipinggirkan serta
diperkecilkan fungsinya dalam unit-unit kecil di Majlis Agama Islam Negeri. Selain itu,
kewujudan beberapa institusi menyerupai Baitulmal telah menafikan hak untuk menerima
dana. Oleh itu, fokus kajian ini untuk mengenalpasti profil pihak berkuasa Agama Islam yang
menguruskan Baitulmal di Malaysia. Kajian berbentuk empirikal ke atas prestasi Baitulmal
jarang sekali dilaksanakan di Malaysia atau di luar negara. Data telah dikumpulkan melalui
soal selidik. Seramai 318 orang responden yang terdiri daripada lima buah Baitulmal di lima
buah negeri terlibat dalam kajian ini. Analisa menggunakan perisian SPSS versi 19.0 iaitu
dengan menumpukan perhatian kepada beberapa ciri yang terdapat dalam fenomena kajian
dengan menerangkan secara deskriptif. Hasil penemuan menunjukkan menunjukkan
golongan muda menguasai pengurusan Baitulmal. Golongan ini boleh dibimbing mengikut
acuan sebenar Baitulmal dan mereka memiliki kelayakan akademik. Ini menunjukkan
prestasi Baitulmal boleh dipertingkatkan dengan latihan dan kemahiran modal insan iaitu
pekerja dalaman Baitulmal sendiri atau Majlis Agama Islam Negeri amnya. Penemuan juga
mendapati terdapat pertambahan dan peningkatan pendapatan Baitulmal di negeri-negeri dari
tahun ke tahun. Apabila digabung pendapatan Baitulmal dari negeri-negeri seluruh Malaysia
membolehkan pengurusan modal (dana) tersebut digemblengkan demi manfaat masyarakat
terutama sekali golongan miskin tegar (asnaf). Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini
menyarankan supaya ditubuhkan sebuah Baitulmal pusat yang di kenali Baitulmal negara
yang berfungsi menyelaraskan pengurusan Baitulmal negeri-negeri di Malaysia. |
---|