Potensi Malaysia Sebagai Pengeluar Produk Daging Lembu Halal Di Pasaran Global

Dengan pertambahan penduduk Islam di seluruh dunia, permintaan untuk makanan halal tentu sekali menjadi semakin tinggi. Pasaran produk halal telah berkembang terutamanya produk daging lembu dimana Negara Malaysia telah mengimport daging lembu bernilai AS$231 juta (RM809 juta) laporan Agriculture...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Mahmud, Maimunah binti
フォーマット: Conference Paper
言語:Burmese
出版事項: Universiti Sains Islam Malaysia 2016
主題:
オンライン・アクセス:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9893
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Dengan pertambahan penduduk Islam di seluruh dunia, permintaan untuk makanan halal tentu sekali menjadi semakin tinggi. Pasaran produk halal telah berkembang terutamanya produk daging lembu dimana Negara Malaysia telah mengimport daging lembu bernilai AS$231 juta (RM809 juta) laporan Agriculture and Agri-Food Canada (AAFC) keluaran Jun 2006. Selain daripada Negara Malaysia, Negara islam lain seperti Arab Saudi, Algeria dan Mesir juga merupakan pengimport daging lembu terbesar dalam pasaran global. Melihat kepada senario ini, kajian ini bertujuan melihat potensi Malaysia sebagai pembekal daging lembu halal dipasaran global serta mengenalpasti faktor-faktor juga melihat faedah berbanding bagi pengeluaran produk daging lembu dengan Negara-negara serantau seperti Thailand, Indonesia, india dan Australia. Potensi Malaysia telah ditentukan dengan menggunakan pengiraan Revealed Comparative Advantage (RCA) dengan melihat data export dan import, kos pengeluaran serta harga daging lembu dari tahun 2005 hingga 2011. Hasil kajian menunjukan bahawa Malaysia tidak mempunyai Kelebihan Berbanding dalam mengeluarkan produk daging lembu halal kerana Indeks RCA yang diperolehi kurang daripada 1. Faktor-faktor pengeluaran seperti kos pengeluaran yang tinggi dan ketidakcekapan dalam mengurus faktor-faktor pengeluran daging lembu menyebabkan Malaysia tidak mempunyai kelebihan berbanding dalam pengeluaran daging lembu.