Kesan Sistem Warisan Tanah Felda (Gsa) Ke Atas Ekonomi Merentasi Generasi: Pendekatan Teori Dasar Sosial (Tds)

Kajian ini bertujuan menganalisis kesan GSA ke atas ekonomi dan ekuiti generasi FELDA. Peraturan ini secara ekspicit telah menyekat pembahagian harta pusaka di kalangan waris yang mana hanya seorang penama sahaja akan dinamakan sebagai pemegang amanah. Walaupun kaedah ini baik untuk memastikan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Nor Liana, Ahmad, Sanep
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2016
Subjects:
GSA
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9880
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis kesan GSA ke atas ekonomi dan ekuiti generasi FELDA. Peraturan ini secara ekspicit telah menyekat pembahagian harta pusaka di kalangan waris yang mana hanya seorang penama sahaja akan dinamakan sebagai pemegang amanah. Walaupun kaedah ini baik untuk memastikan kelastrian FELDA tetapi menimbulkan permasalahan dalam isu agihan warisan. Apa yang berlaku adalah penama akan bertindak sebagai pemilik dan menafikan hak pewaris yang lain. Ini bermakna faedah hanya kepada seorang penama sahaja yang seolah olah rancangan FELDA hanya memberi kejayaan ekonomi kepada generasi pertama FELDA dan seorang warisnya tetapi gagal memperkukuhkan ekonomi generasi FELDA yang lain seterusnya. Persoalan ini perlu diteliti bagi menilai sejauh mana GSA membawa kesan positif dan negatif ke atas ekuiti generasi FELDA? Penilaian akan dilakukan berdasarkan teori Dasar Sosial. Dapatan kajian merumuskan bahawa berlaku ketidakseimbangan dalam agihan warisan tanah FELDA tetapi telah mendorong generasi felda menerokai sumber yang lain. GSA telah menyebabkan agihan pusaka tidak seimbang tetapi membawa kesan yang positif dalam penerokaan sumber lain.