Buah Zaitun: Keberkatan Dan Rahsia Perubatan
Buah-buahan adalah kurniaan Allah -Subhanahu Wa Ta'ala,kepelbagai buah dan keterbezaan rasa dari buah ke buah yang walaupun sama jenisnya menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Dialah yang menciptakan buah-buahan sebegitu rupa. berbeza bentuk. jenis dan rasa, sedangkan pokok-pokoknya hid...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2015
|
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9297 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buah-buahan adalah kurniaan Allah -Subhanahu Wa Ta'ala,kepelbagai buah dan keterbezaan
rasa dari buah ke buah yang walaupun sama jenisnya menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha
Esa. Dialah yang menciptakan buah-buahan sebegitu rupa. berbeza bentuk. jenis dan rasa,
sedangkan pokok-pokoknya hidup dengan sumber air yang sama.Maha Suci Allah yang
menjadikan setiap ciptaan-Nya dengan begitu teratur. Segalanya tersusun. tiada cacat cela pada
setiap ciptaan-Nya.
Setiap buah-buahan yang tumbuh di muka bumi ini. mempunyai pelbagai jenis dan bentuk yang
bersesuaian dengan tempat tumbuhnya. Ada yang menjalar dan ada yang berbatang. Warna juga
berbagai-bagai, merah, biru, kuning, hijau, putih dan lain-lain. Perbezaan iklim dan cuaca juga
turut mempengaruhi tumbesaran pokok tersebut. Oleh yang demikian, sesetengah pokok tidak
tumbuh di tempat lain. Namun begitu, dengan kepesatan kemajuan teknologi penghantaran pada
masa kini, buah-buahan dari tempat lain boleh dinikmati di tempat yang bukan asalnya.
Terdapat beberapa jenis buah yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadis. Buah-buahan itu
ialah seperti tamar, tin, anggur, delima,zaitun, dan pisang. Kertas kerja ini akan memfokuskan
kepada buah zaitun dan khasiat perubatan yang terkandung di dalam penggunaannya. |
---|