Method Rasulullah dalam pembentukan Modal Insan
Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan (human capital) antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kepemimpinan YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Burmese |
Published: |
2014
|
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/7457 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan
(human capital) antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh
kepemimpinan YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang
ini, turut memberi tumpuan kepada pembangunan manusia. Menerusi gagasan
Islam Hadhari, sumber manusia ini akan melalui satu skim program pendidikan
menyeluruh yang turut merangkumi aspek kerohanian agar insan yang bakal
dihasilkan nanti adalah insan yang berkualiti dan dinamik. Sewajarnya pembentukan
modal insan yang idealistik bermula di peringkat kanak-kanak. Justeru, penulis akan
membincangkan metod Rasulullah saw. dalam membentuk modal insan di peringkat
kanak- kanak. Antara metod yang diaplikasikan oleh Rasulullah dalam proses ini
ialah contoh tauladan, targib, denda dan hukuman. Apa yang dapat dirumuskan di
sini adalah sumber manusia adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara.
Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti
yang ada pada sumber manusianya. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia
perlu dimulakan sejak usia kanak- kanak kerana mereka adalah pemangkin yang
bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa. |
---|