Transformasi dalam Kepimpinan lnstitusi Keluarga
Keluarga merupakan organisasi penting dalam kehidupan seseorang. Keluarga dapat memberikan semangat dan dorongan untuk seseorang berjaya dalam tugas dan kerjayanya. Keluarga juga dapat membentuk sahsiah dan peribadi ahlinya sehingga menjadi individu yang cemerlang dan terkenal. Oleh itu tidak hai...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6033 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keluarga merupakan organisasi penting dalam kehidupan seseorang. Keluarga dapat
memberikan semangat dan dorongan untuk seseorang berjaya dalam tugas dan kerjayanya.
Keluarga juga dapat membentuk sahsiah dan peribadi ahlinya sehingga menjadi individu
yang cemerlang dan terkenal. Oleh itu tidak hairan apabila kita mendengar idaman
seseorang untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Mereka tidak mahu keluarga
yang bermasalah hingga berlarutan tanpa jalan penyelesaian. Mengapakan sesebuah
keluarga itu bermasalah? Banyak faktor yang boleh membawa kepada sebuah keluarga
itu bermasalah. Antara faktornya ialah masalah kepimpinan keluarga tersebut.Bila
dibincangkan mengenai ketua keluarga, kita tidak boleh menolak peranan seorang
bapa sebagai pemimpin atau ketua keluarga. Namun ada juga keluarga yang dipimpin
oleh seorang wanita atau ibu apabila suaminya telah meninggal dunia atau diceraikan.
Kejayaan dun keharmonian sesebuah keluarga berkait rapat dengan kualiti kepimpinan
ketua keluarga tersebut. Justeru itu, Islam meletakkan bapa sebagai pemimpin dun ketua
dalam sesebuah keluarga yang bertanggungjawab mempastikan agar mereka yang berada
di bawah jagaannya berada dalam keadaan baik serta mengikut landasan yang diredhai
oleh Allah swt. Fenomena hari ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan
kehidupan anak-anak dan remaja akibat dari kegagalan kepimpinan keluarga dalam
mempraktikkan "Qudwah Hasanah" dalam keluarga mereka. Sungguhpun ibu bapa
telah didedahkan dengan garis panduan pendekatan dalam kepimpinan keluarga bahagia,
namun pelaksanaan kepada pendekatan tersebut telah menimbulkan implikasi positif juga
negatif kepada ahli keluarga. Justeru itu isu kepimpinan sebuah keluarga seharusnya
menjadi topik perbincangan berterusan kerana ia sentiasa berkembang mengikut arus
perubahan kehidupan manusia. |
---|