Penyelarasan Fatwa di Antara Negeri Dengan Persekutuan: Satu Analisis Sorotan Terhadap Penyelidikannya di Malaysia

Artikel ini adalah mengenai isu ketiadaan penyelarasan fatwa di antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JFK) dengan Jawatankuasa fatwa negerinegeri di Malaysia. Objektif tulisan ini adalah penumpuan kepada masalah penyelarasan fatwa di Malaysia. Ianya isu ya...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Muhamad Miziazam Yahya, Ahmad Wifaq Mokhtar
フォーマット: 論文
言語:Malay
出版事項: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
主題:
オンライン・アクセス:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18141
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Artikel ini adalah mengenai isu ketiadaan penyelarasan fatwa di antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JFK) dengan Jawatankuasa fatwa negerinegeri di Malaysia. Objektif tulisan ini adalah penumpuan kepada masalah penyelarasan fatwa di Malaysia. Ianya isu yang sering diperbahaskan oleh ahli-ahli akademik di peringkat universiti. Pelbagai teori dan pendekatan telah dicadang dan dirumuskan solusinya bagi mengatasi perbezaan fatwa yang berlaku khususnya di antara negeri dan persekutuan. Justeru literatur ini menyoroti pendapat dan pandangan penyelidik-penyelidik yang telah membangkitkan masalah ini di dalam kajian mereka. Pembolehubahpembolehubah seperti halangan enakmen di negeri-negeri, uruf setempat, latarbelakang pendidikan yang berbeza di kalangan mufti dan kelemahan garis panduan yang disediakan oleh JAKIM merupakan faktor-faktor yang membawa kepada masalah tersebut. Justeru berpandukan metod pengumpulan data dan analisis kandungan dokumen penulisan kajian literatur ini telah melihat kembali kajian-kajian lalu yang dilakukan terhadap isu penyelarasan fatwa di Malaysia. Namun setelah diteliti dapatandapatan kajian tersebut masih belum dapat mencapai matlamat yang dihasratkan secara sepenuhnya.