Persepsi Mualaf Terhadap Pengisian Pengislaman dan Program Pembangunan Mualaf: Kajian di Negeri Sembilan

Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong gol...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Azman Ab Rahman, Irwan , M.S, Mahazan , A.M, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Nuradli Ridzwan Shah , M.D, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
フォーマット:
出版事項: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
主題:
オンライン・アクセス:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14094
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan ini mendekati Islam. Misalnya, ada yang terkesan dengan penyampaian dakwah yang berhikmah oleh para daie yang mendekati golongan ini. Namun begitu, peranan pengurusan dan pengisian program selepas pengislaman seseorang individu sebagai daya tarikan kepada golongan ini tidak dapat diketepikan. Justeru, artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi mualaf terhadap pengisian dan program pembangunan mualaf yang disediakan khususnya di Negeri Sembilan. Pengenalpastian beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah dari sudut proses pengislaman, pengisian pengislaman dan program sokongan mualaf turut menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini. Artikel mendapati bahawa pengisian sedia ada kepada mualaf hampir memenuhi kesemua aspek keperluan mualaf, namun masih terdapat beberapa lakuna yang memerlukan kepada penambahbaikan. Artikel mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengurusan sedia ada terutamanya berkaitan modul atau kursus yang disediakan dan juga jangka masa kursus. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan pengurusan mualaf yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya dapat memantapkan lagi keberkesanan pengurusan mualaf mulai dari fasa sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam.