Orientasi kehidupan dan kepuasan hidup wanita induk tunggal di Selangor
Kualiti hidup adalah persepsi individu terhadap kepuasan ke atas sesuatu keadaan, persekitaran dan hubungan secara relatif dengan alternatif sedia ada seperti keluarga, rakan, kerja, pendapatan, kejiranan serta tempat tinggal. Camfield & Skevington (2008) menekankan bahawa kepuasan hidup boleh...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Sains Sosial Malaysia
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99736/1/7.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99736/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kualiti hidup adalah persepsi individu terhadap kepuasan ke atas sesuatu keadaan, persekitaran dan hubungan secara relatif dengan alternatif sedia ada seperti keluarga, rakan,
kerja, pendapatan, kejiranan serta tempat tinggal. Camfield & Skevington (2008)
menekankan bahawa kepuasan hidup boleh digunakan bagi menggambarkan keadaan kualiti
hidup dan kesejahteraan subjektif. Oleh itu, kepuasan hidup melibatkan penilaian
keseluruhan kualiti hidup seseorang individu yang melibatkan pelbagai aspek kehidupannya
meliputi konstruk kesihatan, kewangan, kerja serta hubungan interpersonal. Manakala
orientasi kehidupan merujuk kepada jangkaan positif individu mengenai masa hadapan.
Wanita induk tunggal terdedah kepada pelbagai faktor risiko selepas perceraian. Kajian
terdahulu menunjukkan individu yang bercerai akan mengalami tahap kemurungan yang
tinggi, tahap kepuasan hidup yang rendah serta mengalami masalah kesihatan berbanding
individu yang berkahwin. Oleh yang demikian, satu kajian rintis telah dijalankan di Selangor
untuk mengenal pasti perkaitan antara orientasi kehidupan dengan kepuasan hidup ibu
tunggal (janda). Seramai 25 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini dikenal pasti
melalui Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS). Data
diperolehi melalui kaedah survei menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri.
Instrumen Life Orientation Test-Reverse oleh Carver (2013) digunakan untuk mengukur
orientasi kehidupan, manakala instrumen Satisfaction With Life Scale oleh Dinner, Emmons,
Larsen & Griffin (1985), digunakan untuk mengukur tahap kepuasan hidup. Hasil kajian
menunjukkan terdapat perkaitan signifikan yang negatif antara orientasi kehidupan dan
kepuasan hidup dalam kalangan induk tunggal di Selangor (r= -0.418*, p<0.05). Ini
menunjukkan semakin rendah tahap orientasi kehidupan wanita selepas bercerai, maka
semakin rendah tahap kepuasan hidup mereka. Kesimpulannya kepuasan hidup induk
tunggal dipengaruhi oleh orientasi kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, golongan ini
perlu dibantu ke arah pendayaupayaan selaras dengan Dasar Wanita Negara serta Pelan
Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015-2020. |
---|