Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak ialah proses penyatuan pelbagai kelompok bangsa melalui pengenalan dan pewujudan satu identiti yang sama melalui cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak. Kajian ini dilakukan rentetan daripada laporan oleh beberapa kajian yang mendapati bahawa tahap sosi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhayat, Faezah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/1/FAEZAH%20BINTI%20MUHAYAT%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.99634
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.996342023-04-04T06:53:28Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/ Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Muhayat, Faezah Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak ialah proses penyatuan pelbagai kelompok bangsa melalui pengenalan dan pewujudan satu identiti yang sama melalui cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak. Kajian ini dilakukan rentetan daripada laporan oleh beberapa kajian yang mendapati bahawa tahap sosialisasi kanak-kanak pelbagai etnik di negara ini berada pada tahap rendah dan tidak mesra. Dapatan ini menunjukkan petanda kurang sihat generasi muda dalam proses mewujudkan integrasi etnik. Menurut pandangan sarjana, pendekatan kesusasteraan sebagai alat penyatuan etnik adalah berkesan kerana hasil karya sastera dalam pelbagai bentuk dapat memupuk perpaduan. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian cerita yang dapat memberi inspirasi dan mendidik sikap serta emosi manusia kepada kehidupan kerohanian yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa, bersyukur dan bertolak ansur. Lantaran itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan konsep ‘integrasi etnik’ yang dikemukakan oleh tokoh sarjana, menganalisis aspek-aspek integrasi etnik tersebut berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik janaan Model Proses Integrasi Ali Mazrui (1969) dan seterusnya merumuskan tahap integrasi dominan yang terdapat dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP. Untuk mencapai objektif ini, sepuluh buah novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP telah dipilih untuk dianalisis. Berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik, dapatan kajian menemukan sebanyak lapan daripada sepuluh buah novel kanak-kanak telah menunjukkan tahap integrasi dominan, iaitu pada tahap 3 dan tahap 4. Novel-novel yang mencapai integrasi tahap 3 ialah novel Namanya Solstis (2010), Rahsia Dhia (2014), Iqbal Membina Jaya (2015) dan Musim Luruh Terakhir di Hachioji (2009). Manakala novel kanak-kanak yang berada pada tahap 4 pula ialah Memori Atikah (2002), Ekspedisi Merentas Zaman (2009), Gerbang Pelangi (2015) dan Sahabatku Isa YB (2016). Kajian juga mendapati bahawa pengarang novel Gerbang Pelangi (2015) telah menerapkan keempat-empat aspek integrasi etnik dalam penceritaannya. Pada tahap 3 dan tahap 4, hubungan kanak-kanak menjadi kompleks, beragam, saling bergantung dan mencapai keserasian sehingga mencapai tahap integrasi maksimum, iaitu berlaku penyatuan (asimilasi) dalam pergaulan kanak-kanak berlainan etnik. Kanak-kanak ini dilihat serasi berkawan dan selesa mengamalkan cara hidup rakan-rakan berlainan etnik tanpa paksaan. Hasil kajian ini merumuskan bahawa novel kanak-kanak berupaya menjadi medium integrasi etnik dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. 2022-01 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/1/FAEZAH%20BINTI%20MUHAYAT%20-%20IR.pdf Muhayat, Faezah (2022) Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Cultural pluralism in literature Ethnic groups in literature Minorities in literature
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Cultural pluralism in literature
Ethnic groups in literature
Minorities in literature
spellingShingle Cultural pluralism in literature
Ethnic groups in literature
Minorities in literature
Muhayat, Faezah
Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
description Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak ialah proses penyatuan pelbagai kelompok bangsa melalui pengenalan dan pewujudan satu identiti yang sama melalui cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak. Kajian ini dilakukan rentetan daripada laporan oleh beberapa kajian yang mendapati bahawa tahap sosialisasi kanak-kanak pelbagai etnik di negara ini berada pada tahap rendah dan tidak mesra. Dapatan ini menunjukkan petanda kurang sihat generasi muda dalam proses mewujudkan integrasi etnik. Menurut pandangan sarjana, pendekatan kesusasteraan sebagai alat penyatuan etnik adalah berkesan kerana hasil karya sastera dalam pelbagai bentuk dapat memupuk perpaduan. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian cerita yang dapat memberi inspirasi dan mendidik sikap serta emosi manusia kepada kehidupan kerohanian yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa, bersyukur dan bertolak ansur. Lantaran itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan konsep ‘integrasi etnik’ yang dikemukakan oleh tokoh sarjana, menganalisis aspek-aspek integrasi etnik tersebut berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik janaan Model Proses Integrasi Ali Mazrui (1969) dan seterusnya merumuskan tahap integrasi dominan yang terdapat dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP. Untuk mencapai objektif ini, sepuluh buah novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP telah dipilih untuk dianalisis. Berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik, dapatan kajian menemukan sebanyak lapan daripada sepuluh buah novel kanak-kanak telah menunjukkan tahap integrasi dominan, iaitu pada tahap 3 dan tahap 4. Novel-novel yang mencapai integrasi tahap 3 ialah novel Namanya Solstis (2010), Rahsia Dhia (2014), Iqbal Membina Jaya (2015) dan Musim Luruh Terakhir di Hachioji (2009). Manakala novel kanak-kanak yang berada pada tahap 4 pula ialah Memori Atikah (2002), Ekspedisi Merentas Zaman (2009), Gerbang Pelangi (2015) dan Sahabatku Isa YB (2016). Kajian juga mendapati bahawa pengarang novel Gerbang Pelangi (2015) telah menerapkan keempat-empat aspek integrasi etnik dalam penceritaannya. Pada tahap 3 dan tahap 4, hubungan kanak-kanak menjadi kompleks, beragam, saling bergantung dan mencapai keserasian sehingga mencapai tahap integrasi maksimum, iaitu berlaku penyatuan (asimilasi) dalam pergaulan kanak-kanak berlainan etnik. Kanak-kanak ini dilihat serasi berkawan dan selesa mengamalkan cara hidup rakan-rakan berlainan etnik tanpa paksaan. Hasil kajian ini merumuskan bahawa novel kanak-kanak berupaya menjadi medium integrasi etnik dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
format Thesis
author Muhayat, Faezah
author_facet Muhayat, Faezah
author_sort Muhayat, Faezah
title Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
title_short Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
title_full Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
title_fullStr Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
title_full_unstemmed Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
title_sort integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran dewan bahasa dan pustaka
publishDate 2022
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/1/FAEZAH%20BINTI%20MUHAYAT%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/
_version_ 1762394248435466240
score 13.211869