Kredibiliti Akhbar Tempatan: Satu Analisis Mengenai Isu Politik Semasa

Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan menjadi topik perbincangan di manamana juga. Kajian dan apa juga penyelidikan melihat kredibiliti sebagai suatu masalah. Tetapi, tidak ada pendekatan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah kredibiliti. Fenomena ini tetap menjadi masalah yang berlanju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Sulaiman, Wan Maharuddin
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1991
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9887/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan menjadi topik perbincangan di manamana juga. Kajian dan apa juga penyelidikan melihat kredibiliti sebagai suatu masalah. Tetapi, tidak ada pendekatan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah kredibiliti. Fenomena ini tetap menjadi masalah yang berlanjutan. Kertas projek ini mengutarakan suatu pandangan umum terhadap persepsi masyarakat mengenai isu keredibiliti akhbar khususnya sejak 2 September 1998. Akibat dari isu penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Apakah ini menunjukkan suatu krisis kerdibiliti? Sekiranya benar, sejauh mana ianya terjadi dan apa pula faktorfaktor yang menyebabkannya. Akbar dilihat sebagai sumber yang penting khususnya dalam mencari informasi penting mengenai isu-isu semasa atau sesuatu yang rumit difahami. Bagaimanapun, penemuan kajian ini melihat kredibiliti akhbar tempatan semakin menurun. Dua pendangan boleh dilihat; Pertama, masyarakat masih memerlukan atau menghargai akhbar. Kedua, masyarakat melihat akhbar sebagai media dengan masalah kepercayaannya. Lebih-lebih lagi apabila akhbarakhbar utama tempatan dikaitakan dengan kongkongan parti pemerintah serta mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Seramai 42 peratus daripada respoden mengatakan mereka membaca akhbar kerana faktor politik dan ekonomi semasa. Daripada jumlah itu, sebanyak 70.9 peratus menganggap kandungan akhbar-akhbar utama tempatan 'adil dan menyeluruh'. Bagaimanapun seramai 40 peratus responden mengatakan Utusan adalah akhbar yang paling berat sebelah. Sebanyak 2 1 peratus daripada mereka sudah tidak membaca Utusan lagi. Akhbar Harakah pula dianggap sebagai yang paling adil dan saksama (23.7%). Mengenai media alternatif, 82.4 peratus mengatakan mereka cenderung kepada radio dan televisyen tempatan khususnya berita NTV7 manakala 63.4 peratus merumuskan bahawa mereka lebih mempercayai 'internet'.