Sistem Penjadualan Waktu Kuliah Fakulti Di Universiti Menggunakan Teknik Algoritma Genetik

Penjadualan waktu kuliah ialah satu permasalahan penetapan masa dan tempat bagi sebilangan pengajaran kuliah. Penjadualan waktu ini hendaklah mematuhi beberapa kekangan yang telah disyaratkan seperti muatan dan lokasi bilik kuliah yang disediakan, waktu rehat dan lain-lain pertimbangan kepeduan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ayob, Fahrul Hakim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9648/1/FSKTM_2000_4_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9648/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjadualan waktu kuliah ialah satu permasalahan penetapan masa dan tempat bagi sebilangan pengajaran kuliah. Penjadualan waktu ini hendaklah mematuhi beberapa kekangan yang telah disyaratkan seperti muatan dan lokasi bilik kuliah yang disediakan, waktu rehat dan lain-lain pertimbangan kepeduan pensyarah, serta perkaitan antara kursus-kursus yang terlibat bagi menghasilkan jadual waktu yang feasible. Pada mulanya penjadualan kuliah dilakukan secara manual walaupun cara tersebut sangat rumit, memeritkan dan memakan masa. Oleh sebab bilangan pensyarah, pelajar, bilik kelas dan subjek sering bertambah dati semasa ke semasa, maka masalab penjadualan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, Algoritma Genetik (AG) sebagai salah satu pendekatan heuristik dalam bidang Kecerdasan Buatan yang terkenal dengan kebolehan untuk melakukan proses pengoptimuman sesuatu penyelesaian masalah yang kompleks telah dipilih untuk meringankan beban tugas penjadualan waktu ini. Hasilnya, satu sistem penjadualan waktu kuliah fakulti di universiti telah berjaya dibangunkan. Dalam menghasilkan sistem jadual waktu kuliah yang bersifat umum dan tidak khusus bagi sesebuah institusi pengajian tinggi sahaja, bentuk struktur kromosom yang digunakan sebagai perwakilan penyelesaian masalah telah diubah. Bagi penjadualan waktu yang feasible pula, beberapa fungsi telah ditambah, seperti fungsi baik pulih genetik dan penapis di samping mengekalkan beberapa fungsi yang telah sedia ada. Beberapa jenis pengujian telah dijalankan untuk menguji prestasi sistem yang telah dibangunkan. Keputusan ujian yang diperoleh telah dibanding dan dikaji. Daripada keputusan ujian tersebut, lebih daripada 70% individu mencapai tahap penyelesaian optimum adalah di bawah generasi yang ke-30. Keputusan itu bermakna bahawa sistem jadual waktu kuliah yang dibangunkan ini telah berjaya menunjukkan keberkesanan proses pengoptimuman dengan menggunakan teknik AG pada awal larian sistem.