Sistem Kripto Luc Untuk Pengesahan Aplikasi Telnet

Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sibo, Siti Jauyah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9631/1/FSKTM_1999_6_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9631/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, penyulitan, penyahsulitan, tandatangan digital dan pengesahbetulan tandatangan digital dikaji. Bagi aspek keselamatan pula, kriptanalisis yang telah diterbitkan daripada segi protokol pelaksanaan dan ketakbolehramalan penjana nombor rawak RSA dan LUC dikaji. Jujukan nombor rawak yang dihasilkan oleh penjana sistem kripto RSA dan LUC telah dikaji dan dibandingkan dengan menggunakan kaedah jelmaan Fourier. HasH eksperimen menggunakan sehingga enam digit modulus menunjukkan kedua-dua penjana nombor rawak RSA dan LUC mempunyai ciri yang hampir sarna. Dengan itu kedua-dua sistern kripto tersebut mempunyai tahap kekriptografian yang agak setara. Sistern kripto LUC dipilih sebagai algoritrna kriptografi untuk membangunkan prototaip sistem pengesahan aplikasi telnet dalam persekitaran sistem pengoperasian Linux. Prototaip yang dibangunkan menyediakan sistern pengesahan dua hala. Semasa sidang pengesahan, tantangan nombor rawak yang dijana oleh pengesah betul dikaitkan dengan pengecam pihak pendakwa. Pihak pendakwa akan menjana tandatangan digital ke atas tantangan sebagai kiriman balas sidang berkenaan. Untuk mengesah betul tandatangan digital, pihak pengesah betul akan menggunakan kunci awam yang berkaitan dengan pengecaman pihak pendakwa. Jika kunci awam tersebut berjaya mengesah betul tandatangan digital pada tantangan tersebut, maka pihak pendakwa adalah sah.