Persepsi impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup komuniti setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek antaranya dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan dalam pelbagai aspek ini boleh memberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anwar, Farah Husna, Hassan, Mohammad Mujaheed, Mohd Khir, Azlina
Format: Article
Published: Secholian Publication 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94556/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/978
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek antaranya dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan dalam pelbagai aspek ini boleh memberi impak kepada kualiti hidup komuniti setempat sama ada dalam bentuk yang positif mahupun negatif. Sebuah kajian telah dijalankan bagi mengkaji persepsi impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup komuniti setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Batu Feringghi merupakan salah sebuah tempat pelancongan pesisiran pantai di negeri Pulau Pinang dan diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar oleh pihak berkuasa tempatan. Majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Seramai 383 komuniti setempat di Batu Ferringhi telah dipilih dan terlibat secara persampelan rawak mudah berlapis. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set borang soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas mengikut kesesuaian kajian yang dibuat. Instrumen kajian merangkumi soalan-soalan tentang latar belakang sosio-demografi komuniti setempat, persepsi impak industri pelancongan dan kualiti hidup komuniti setempat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson dan regresi. Hasil analisis kajian mendapati komuniti setempat memberi persepsi yang positif terhadap impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup. Persepsi impak industri pelancongan oleh komuniti setempat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari aspek ekonomi (r= 0.518), sosial (r= 0.420), budaya (r= 0.629) dan alam sekitar (r= 0.627) dengan kualiti hidup. Keempat-empat persepsi impak tersebut menunjukkan 52% kadar dalam mempengaruhi kualiti hidup komuniti setempat. Justeru itu, pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan di Batu Ferringhi perlu diteruskan kerana berupaya memberi impak yang positif kepada pembangunan kualiti hidup komuniti setempat di kawasan tersebut. Perancangan pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan perlu dirancang dengan mengambil kira perspektif kepentingan komuniti agar setiap pembangunan yang dibuat dapat meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan baru dan menambah pelbagai kemudahan asas untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat. Selain itu, penglibatan dan penyertaan aktif komuniti setempat dalam pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan juga perlu diterapkan.