Pengaruh motivasi pelajar dalam program latihan kebolehpasaran di era Revolusi Industri 4.0

Dalam menghadapi cabaran dunia seperti ketidaktentuan ekonomi global, ancaman wabak pandemik COVID-19, penyelarasan norma baharu, dan perubahan sistem kesihatan awam, isu pengangguran graduan pengajian tinggi terus mendapat perhatian semua pihak. Kebolehpasaran graduan menjadi subjek utama perbincan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Puad, Mohd Hazwan, Mad Nawe, Nor Suhaila
Format: Article
Published: USIM Press 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94519/
https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/282
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam menghadapi cabaran dunia seperti ketidaktentuan ekonomi global, ancaman wabak pandemik COVID-19, penyelarasan norma baharu, dan perubahan sistem kesihatan awam, isu pengangguran graduan pengajian tinggi terus mendapat perhatian semua pihak. Kebolehpasaran graduan menjadi subjek utama perbincangan bagi membantu mengatasi masalah pengangguran dalam negara yang terkesan akibat cabaran tersebut. Program latihan kebolehpasaran graduan merupakan antara usaha berterusan bagi melahirkan tenaga kerja negara yang berpengetahuan dan berkemahiran serta kompeten menghadapi cabaran di era Revolusi Industri 4.0. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor pembentukan motivasi pelajar yang terlibat dalam program latihan kebolehpasaran dan mengkaji kesan daripada pembentukan motivasi. Kajian kualitatif ini melibatkan seramai dua orang pelajar dari program kebolehpasaran graduan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih sebagai informan kajian. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur. Pengkaji adalah instrumen dalam kajian ini. Dapatan kajian menemukan bahawa terdapat beberapa faktor pembentukan motivasi pelajar yang terlibat dalam program latihan kebolehpasaran iaitu faktor diri sendiri, minat, keluarga, jaminan kerja, persekitaran, penganjur program, sikap, dan pengaruh media. Pengenalpastian faktor dan hasil pembentukan motivasi memberi informasi yang signifikan kepada pihak penganjur untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kebolehpasaran, kepuasan dan minat. Pihak universiti dicadangkan memperkenalkan pelbagai program latihan kebolehpasaran graduan untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pelajar dalam menghadapi ketidaktentuan cabaran dunia pekerjaan pada hari ini.