Menelusuri isu dan perkembangan penyiaran radio di Malaysia dari tahun 2001-2021

Radio merupakan salah satu daripada media tradisional yang diperkenalkan dalam kalangan masyarakat. Melihat kepada sejarah Tanah Melayu, radio diperkenalkan pada tahun 1921 oleh jurutera British di Singapura. Sejak itu, radio telah berkembang pesat dan telah mencapai kepada tahap kemasyhurannya. Hal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaakup, Hani Salwah
Format: Article
Published: Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94150/
http://www.ipptar.gov.my/index.php/ejurnal-2022/ejurnal/23-ejurnal/323-ejurnal2-41
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Radio merupakan salah satu daripada media tradisional yang diperkenalkan dalam kalangan masyarakat. Melihat kepada sejarah Tanah Melayu, radio diperkenalkan pada tahun 1921 oleh jurutera British di Singapura. Sejak itu, radio telah berkembang pesat dan telah mencapai kepada tahap kemasyhurannya. Hal ini dapatlah dilihat terutama apabila penyiaran radio turut diperluaskan kepada penyiaran oleh syarikat media swasta pada pertengahan tahun 1990-an. Namun, dengan pengenalan dan seterusnya perkembangan internet serta media baharu, radio dilihat berhadapan dengan pelbagai permasalahan tetapi, kajian mengenainya kurang diperbincangkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menelusuri penyiaran radio di Malaysia daripada aspek isu dan perkembangannya. Kajian difokuskan kepada penyiaran radio dalam tempoh 2001-2021 dengan menggunakan metodologi Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review). Kajian ini melihat kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh penyelidik secara sistematik dan ilmiah. Tema yang diberikan fokus dalam kajian-kajian ini meliputi kepada isu yang melingkungi penyiaran radio di Malaysia pada tempoh berkenaan selain, turut melihat perkembangan yang turut menyokong peluasan industri ini. Hasil daripada kajian ini memberikan gambaran secara menyeluruh berkenaan industri penyiaran radio dan kajian mengenainya dalam tempoh 20 tahun di Malaysia dan membina peta yang bersesuaian dalam menyediakan pelan penambahbaikan dalam usaha menggerakkan kemajuan industri radio Malaysia