Penggunaan Alatan Teknologi dalam Pengajaran Ekonomi Rumah Tangga Sekolah Menengah di Lembah Kelang

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran, mengkaji sikap guru terhadap penggunaannya dan mengkaji masalah terhadap penggunaannya. oleh kerana kajian ini merupakan kajian sampel kajian terdiri daripada 35 orang guru Ekonomi Rumah Tangga yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mukhtaram, Siti Natrah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9186/1/FPP_1999_76_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9186/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran, mengkaji sikap guru terhadap penggunaannya dan mengkaji masalah terhadap penggunaannya. oleh kerana kajian ini merupakan kajian sampel kajian terdiri daripada 35 orang guru Ekonomi Rumah Tangga yang dipilih dari empat daerah Sekolah Menengah Akademik di Lembah Klang iaitu Gombak, Ulu Langat, Kelang dan Petaling. Kaedah kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran keseluruhan adalah pada tahap yang sederhana (Min = 2.89). Kajian juga mendapati sikap terhadap penggunaan alatan teknologi dikalangan responden adalah tinggi (Min skor = 56.9). Analisis Korelasi Sperman yang digunakan mengenalpasti perkaitan pengunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan menghadiri kursus responden. Dapatan kajian yang dipeolehi menunjukan hubungan yang sangat kuat kelulusan nilai fs=0.96, pengetahuan kewangan fs=0.99 dan menghadiri kursus fs=0.98. Manakala ujian t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan kehadiran kursus responden. Kajian mendapati keseluruhan aspek masalah utama pengajaran yang dihadapi oleh responden adalah pada tahap rendah.