Keperluan Latihan di Kalangan Guru Bukan Siswazah (BS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Analisis keperluan latihan di kalangan guru bukan siswazah (BS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaksanakan selaras dengan perancangan dan misi pendidikan masa depan JAIS. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru BS yang diperlukan dalam menjayakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9157/1/FPP_1999_48_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9157/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Analisis keperluan latihan di kalangan guru bukan siswazah (BS)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaksanakan selaras dengan
perancangan dan misi pendidikan masa depan JAIS. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru BS yang
diperlukan dalam menjayakan misi pendidikan JAIS. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti kecukupan kemahiran dan keperluan latihan guru BS
yang mengajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama
Menengah (SAM). Seterusnya kajian ini dibuat untuk melihat perbezaan
tanggapan antara guru BSSRA dan guru BSSAM terhadap tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap ke atas peranan mereka sebagai guru.
Kajian ini adalah berdasarkan tugas-tugas guru BS yang tertumpu
kepada tugas-tugas perguruan. Responden terdiri daripada 215 guru BS SRA dan 76 guru BS SAM. Dua komponen digunakan dalam kajian ini iaitu perkaitan
keperluan latihan dengan tugas dan kemahiran atau kecekapan yang dimiliki
guru BS. Keutamaan latihan dikategorikan mengikut gabungan skor purata
komponen 'perkaitan dengan tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah
keperluan latihan yang tinggi ditunjukkan oleh pasangan skor 'perkaitan
keperluan latihan dengan tugas' dan skor 'kekurangan kemahiran' yang tinggi. |
---|