Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-Sekolah Menengah di Kuantan
Pendidikan masa kini bertujuan menyediakan pelajar ke arah masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat di alaf baru. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan dan penggunaan Internet dalam menc...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9151/1/FPP_1999_37_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9151/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan masa kini bertujuan menyediakan pelajar ke arah masyarakat
bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam
perkembangan teknologi maklumat di alaf baru. Sehubungan itu, kajian ini
bertujuan meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan dan penggunaan Internet
dalam mencari maklumat serta tumpuan pencarian maklumat. Seramai 100 orang
pelajar tingkatan 4 di lima buah sekolah menengah di Kuantan terlibat dalam
kajian yang memerlukan mereka menjawab soal selidik yang ditadbirkan kepada
mereka. Kajian yang dijalankan berbentuk kajian deskriptif dan penganalisisan
data telah dibuat dengan menggunakan perisisan SPSS 7.5 dan dibentangkan
dalam bentuk peratus dan frekuensi.
Hasil kajian menunjukkan kesemua pelajar yang terlibat mempunYal
pengalaman mengakses Internet tetapi tumpuan mencari maklumat mempunyai
peratusan yang tinggi dalam beberapa bidang tertentu yakni hiburan, permainan,
pendidikan, berita, sukan, diskusi, komunikasi dan e-mail. Justern itu, mereka mcmpunyai tahap pengctahuan dan pcnggunaan Internet yang tinggi iaitu pada
tahap 'mahir' dan 'sangat mahir' dalam bidang-bidang tersebut berbanding dengan
bidang-bidang lain yang mereka kurang mahir iaitu perniagaan, kesihatan,
pelancongan, pengiklanan dan membeli-belah melalui Internet. Di samping itu
juga, kajian ini menyaksikan pandangan positif pelajar terhadap Internet, kekangan
yang mereka hadapi serta cadangan yang diutarakan untuk mempertingkatkan
penggunaan Internet.
Penyelidik mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam berhubung
tahap pengetahuan dan penggunaan Internet dikalangan guru pula dilaksanakan
untuk mempertingkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta keberkesanan
penggunaan Internet dalam pendidikan. Kajian-kajian seperti ini diharapkan dapat
dimanfaatkan demi kepentingan kecemerlangan pendidikan di alaf baru. |
---|