Penilaian Guru Pendidikan Seni Terhadap Kreativiti Catan Pelajar
Matlamat utama kajian ialah untuk melihat penilaian guru Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan pelajar. Ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni serta melihat perhubungan latihan Pendidikan Seni dan kreativiti guru Pendidikan Seni. Kajian ini me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9062/1/FPP_1998_66_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9062/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Matlamat utama kajian ialah untuk melihat penilaian guru
Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan pelajar. Ianya juga
bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru
Pendidikan Seni serta melihat perhubungan latihan Pendidikan
Seni dan kreativiti guru Pendidikan Seni.
Kajian ini merupakan kajian deskriftjf menggunakan alat
Ujian Kreatif Figural Torrance dan Alat Penilaian Catano Alat
Ujian Kreatif Figural Torrance digunakan untuk memperolehi
indeks kreativiti guru manakala Alat Penilaian Catan digunakan
untuk menggumpul maklumat tentang markah catan dan kriteria
penilaian catan. Seramai 34 orang guru Pendidikan Seni
terlatih dan 45 orang guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22
buah sekolah menengah daerah Hulu Langat dipilih sebagai
subjek kajian. Enam kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni telah
dikenalpasti melalui kajian ini, iaitu kemahiran melukis,
kekemasan, kecantikan, kreativiti, logik dan tajuk. Kemahiran
melukis dan kekemasan dianggap sebagai kriteria penilaian
catan yang paling penting oleh guru-guru Pendidikan Seni.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru Pendidikan Seni
terlatih Jebih mementingkan kreativiti daJam catan pelajar
daripada guru Pendidikan Seni tidak terlatih. Kreativiti
dianggap sebagai kriteria penilaian yang ketiga penting oleh
guru Pendidikan Seni terlatih manakala guru Pendidikan Seni
tidak terlatih menganggap kreativiti sebagai kriteria penilaian
catan yang kurang penting sekali di antara keenam-enam kriteria
Penilaian catan tersebut. |
---|