Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
Persekitaran keluarga yang miskin dan persekitaran sosial sekolah yang berisiko memberikan tekanan dan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid. Namun, kajian lepas menunjukkan masih terdapat murid yang mampu menangani tekanan dan menunjukkan pencapaian akademik yang baik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/1/FPP%202019%2048%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persekitaran keluarga yang miskin dan persekitaran sosial sekolah yang berisiko
memberikan tekanan dan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah
dalam kalangan murid. Namun, kajian lepas menunjukkan masih terdapat murid
yang mampu menangani tekanan dan menunjukkan pencapaian akademik yang
baik. Penyesuaian positif ini dikenali sebagai daya tahan yang terbukti penting
untuk membantu murid berisiko untuk berjaya. Namun, masih kurang bukti
empirik tentang pengaruh interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor
personal terhadap pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di
sekolah menengah yang dikaji dari perspektif daya tahan akademik dalam satu
model kajian.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor pelindung luaran sekolah,
rumah, rakan sebaya dan komuniti, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah
yang diramal memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik dalam
kalangan murid berisiko. Berdasarkan kepada Teori Produktiviti Pendidikan,
Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem Kendiri, satu
model kajian telah dibangunkan bagi kajian ini.
Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk korelasi yang dijalankan secara
tinjauan keratan rentas menggunakan satu set soal selidik bagi tujuan
pengumpulan data kajian. Kajian rintis dijalankan ke atas 180 orang murid
berisiko di daerah Kuala Terengganu menunjukkan kebolehpercayaan soal
selidik tersebut adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpha (>0.80). Kajian ini menggunakan gabungan teknik pensampelan rawak kluster pelbagai peringkat
dengan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Seramai 315 orang
murid berisiko dalam tingkatan empat di sekolah menengah harian dari seluruh
negeri Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Penganalisisan data telah
dijalankan dengan menggunakan Perisian IBM SPSS dan AMOS versi 22.
Hasil pengujian model persamaan berstruktur mendapati daripada 11 laluan
hipotesis yang diuji, enam adalah signifikan dan lima adalah tidak signifikan.
Dapatan mendapati enam laluan hipotesis yang signifikan adalah faktor
pelindung luaran rakan sebaya (β=.478, p<0.05) dan faktor pelindung luaran
komuniti (β=.222, p<0.05) memberi pengaruh ke atas trait daya tahan; faktor
pelindung luaran sekolah (β=.325, p<0.05), faktor pelindung luaran komuniti (β=-
.138, p<0.05) dan trait daya tahan (β=.668, p<0.05) memberi pengaruh terhadap
keterlibatan di sekolah; dan keterlibatan di sekolah (β=.425, p>0.05) memberi
pengaruh terhadap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
trait daya tahan berperanan sebagai mediator penuh dalam hubungan antara
faktor pelindung luaran rakan sebaya dengan keterlibatan di sekolah. Model
persamaan berstruktur menunjukkan kesepadanan yang baik dengan data
kajian dengan nilai relative chi-square (2.173 >0.5), nilai p (0.000<0.05), GFI
(0.901>0.90), CFI (0.934>0.90), TLI (0.919>0.90) dan nilai RMSEA
(0.061<0.08). Secara keseluruhannya, model persamaan berstruktur
menunjukkan faktor pelindung luaran menyumbang sebanyak 61% varians
terhadap trait daya tahan. Faktor-faktor tersebut menyumbang sebanyak 77%
varians terhadap keterlibatan di sekolah. Manakala, trait daya tahan dan
keterlibatan di sekolah menyumbang sebanyak 11 % varians kepada
pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di sekolah menengah di
negeri Terengganu.
Kajian ini menunjukkan peranan sokongan rakan sebaya dan komuniti amat
penting dalam meningkatkan pembentukan trait daya tahan. Selain itu, peranan
sekolah, komuniti dan trait daya tahan juga signifikan dalam memupuk
keterlibatan di sekolah, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian
akademik. Dapatan kajian memberi implikasi kepada Teori Produktiviti
Pendidikan, Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem
Kendiri yang diguna pakai dalam kajian ini dan secara praktikal memberi
implikasi terhadap pengamal bidang psikologi pendidikan, guru dan sekolah, ibu
bapa dan penjaga, rakan sebaya, komuniti dan murid sekolah. Beberapa
cadangan turut diketengahkan dalam kajian ini untuk mempertingkat pencapaian
akademik dalam kalangan murid berisiko sekolah menengah pada masa
hadapan, seterusnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mencapai keberhasilan murid secara saksama dalam sistem pendidikan
negara. |
---|