Faktor Psikososial yang Berkait dengan Pencapaian dalam Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Pinggir Bandar
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh psikososial khususnya sikap, norma subjektif serta niat untuk memperoleh pencapaian yang baik dalam matematik di kaJangan pelajar tingkatan tiga. Sejumlah 216 orang pelajar yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 124 orang perempuan dari tiga b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9027/1/FPP_1998_42_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9027/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh psikososial
khususnya sikap, norma subjektif serta niat untuk memperoleh
pencapaian yang baik dalam matematik di kaJangan pelajar tingkatan tiga.
Sejumlah 216 orang pelajar yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 124
orang perempuan dari tiga buah kelas terbaik di tingkatan tiga dan empat
buah sekolah di kawasan pinggir bandar dalam Daerah Petaling telah
dipilih untuk menjawab soal-selidik. Teori Tindakan Bersebab (TTB) telah
dipilih sebagai asas kerangka kajian ini bagi meramal pencapaian dalam
matematik di kalangan pelajar tingkatan tiga. Komponen sikap, norma subjektif dan niat beserta komponen luaran seperti jantina, taraf
sosioekonomi dan taraf pendidikan ibubapa telah digunakan untuk
dibandingkan dengan pencapaian delam Matematik Peperiksaan
Percubaan Setara PMR 1997.
Analisis regressi menunjukkan terdapatnya gabungan pengaruh
sikap terhadap pembelajaran matematik dan norma subjektif terhadap
kejayaan pelajar dalam matematik ke atas pencapaian matematik ,
F(2, 166)=3.39, p<.04 dengan sikap sebagai pengaruh yang lebih
signifikan, dengan nilai beta piawai= 0.221, p<.05. Hubungan pelbagai
antara pencapaian matematik dengan sikap dan norma subjektif adalah
R=.20, manakala R2=.04. Ini menunjukkan bahawa empat peratus faktor
sikap dan norma subjektif dapat menerangkan perubahan pencapaian
matematik di kalangan pelajar. Oleh itu TIB sememangnya boleh
digunakan untuk meramalkan pencapaian matematik pelajar. Walau
bagaimana pun Kadar ramalan agak kecil (4%).
Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi pencapaian matematik, sikap terhadap pembelajaran
matematik, norma subjektif terhadap memperoleh kejayaan dalam
matematik dan niat untuk memperoleh kejayaan dalam matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Begitu juga di kalangan
pelajar yang berlainan taraf pendidikan bapa. |
---|