Hubungan persepsi faktor organisasi dengan kepuasan kerja kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor polisi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9021/1/FPP_1998_36%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9021/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan
kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi
terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam
Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor
polisi organisasi, bebanan tugas dan kemudahan di temp at kerja di JAIS; iii)
mengenalpasti perkaitan antara persepsi organisasi dengan tahap kepuasan
kerja; dan iv) mengenalpasti perkaitan ciri-ciri demografik dengan tahap
kepuasan kerja.
Satu set soal selidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek persepsi
kepuasan kerja responden yang terdiri daripada populasi 147 orang kakitangan
daripada semua peringkat jawatan dan gred gaji di bahagian dan di daerah
Sarawak.Data telah dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS).
Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan kakitangan JAIS
merasa puas dengan pekerjaan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan
faktor-faktor organisasi bagi polisi organisasi (r=0.609, p=0.000) dan
kemudahan di tempat kerja (r=0.627, p=0.000) mempunyai kaitan yang
signifikan ke atas tahap kepuasan kerja kakitangan JAIS. Manakala ciri-ciri
demografik mempunyai kaitan positif yang lebih kuat signifikannya terutama
umur dengan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan JAIS (r=1.000, p=0.000).
Berdasar kepada hasil kajian, antara cadangan yang boleh dilaksana
oleh JAIS ialah memberi penjelasan terhadap polisi organisasi kepada
kakitangannya dan meningkatkan kemudahan-kemudahan di tempat kerja
supaya tahap kepuasan kerja semakin baik. Bagaimanapun bebanan tugas pula
perlu dikurangkan agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada
tugas-tugas yang lebih penting dan utama. |
---|