Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara yang lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk (1) mengenalpasti perlaksanaan Kursus Kejurulatihan Agensi Pengembangan Malaysia (APM), (2) mengenalpasti pandangan peserta terhadap keberkes...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8965/1/FPP_1997_17_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8965/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkara yang
membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara yang lebih
terperinci kajian ini bertujuan untuk (1) mengenalpasti
perlaksanaan Kursus Kejurulatihan Agensi Pengembangan
Malaysia (APM), (2) mengenalpasti pandangan peserta terhadap
keberkesanan kursus tersebut, (3) mengenalpasti perkara yang
membantu meningkatkan keberkesanan Jatihan dan (4)
mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan
APM bagi menjayakan Kursus Kejurulatihan APM .
Penyelidik telah menemuduga secara terperinci seramai
sepuluh orang peserta Kursus Kejurulatihan APM, lima orang
pegawai dari salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia
yang bertindak sebagai fasilitator dan mengendalikan kursus
tersebut serta seramai empat orang pegawai yang mewakili pihak
pengurusan APM. Kesemua temuduga telah dirakam yang kemudiannya ditranskrib terus ke komputer secara verbatim.
Dokumen yang mengandungi maklumat tentang perlaksanaan
Kursus Kejurulatihan APM juga digunakan sebagai sumber data.
Data telah dianalisis melalui proses pembentukan item,
pengkodan dan membentuk kategori.
Kesimpulan bagi kajian ini ialah (1) Kursus Kejurulatihan
APM mencapai tahap keberkesanan yang membanggakan, (2)
lapan perkara dapat membantu meningkatkan keberkesanan
latihan termasuklah kejelasan objektif, motivasi, penyediaan dan
penyusunan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian,
bimbingan dan maklum balas, pemindahan pembelajaran, susulan
dan maklumbalas, kesesuaian tempat latihan serta sokongan
daripada pihak pengurusan organisasi, (3) pihak pengurusan APM
memainkan peranan penting di peringkat sebelum, semasa dan
selepas latihan bagi menjayakan Kursus Kejurulatihan APM, (4)
tiga rakan kongsi utama termasuklah peserta, fasilitator dan pihak
pengurusan APM membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Kajian ini telah memberikan maklumat yang berguna
mengenai perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan
latihan. |
---|