Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat KBSM: Satu Kajian Kes

Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang analisis kesalahan frasa kerja bahasa Melayu baku di kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Rua, Kajang. Subjek kajian ini semuanya berbangsa Cina dan berjumlah 249 orang. Mereka merupakan pelajar tingkatan empat di sekolah ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Noor, Supian
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1994
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8907/1/FPP_1994_12_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8907/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang analisis kesalahan frasa kerja bahasa Melayu baku di kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Rua, Kajang. Subjek kajian ini semuanya berbangsa Cina dan berjumlah 249 orang. Mereka merupakan pelajar tingkatan empat di sekolah yang berkenaan pada tahun 1993. Dalam proses pembelajaran secara formal, pengkaji melakukan analisis kesalahan frasa kerja terhadap karangan para pelajar telah dilaksanakan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal, tinjauan berdasarkan soal selidik telah dijalankan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan kesalahan Frasa Kerja Transitif (FKTr), Frasa Kerja Tak Transitif (FKTTr), Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Pertama atau Kedua (FKPID2), dan Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Ketiga (FKPD3). Kumpulan subjek lelaki didapati melakukan kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlalmya daripada kumpulan subjek perempuan. Selain itu, kumpulan subjek aliran sains kemasyarakatan pula melakukan kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlahnya daripada kumpulan subjek sains tulen. Seterusnya, dapatan membuktikan bahawa kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh para pelajar yang menjadi subjek dalam kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga, kesalahan frasa kerja pasif pelaku diri pertama atau pelaku diri kedua, dan kesalahan yang paling sedikit jumlahnya ialah kesalahan frasa kerja tak transitif. Sementara itu, dapatan daripada proses pembelajaran secara tidak formal berdasarkan soal selidik menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang berbeza-beza terhadap bahasa Melayu baku. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah mendedahkan rumus-rumus frasa kerja secara terancang dalam sistem pengajaran pembelajaran. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum tatabahasa yang baku dalam pengajarannya. Selain itu, penyeragaman tentang hukum tatabahasa perlulah dilaksanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Seterusnya, pelajar-pelajar digalakkan memanfaatkan buku teks yang digunakan dalam sistem pendidikan bahasa Melayu di peringkat tingkatan empat.