Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masal ah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas (Tingkatan IV), di Negara Brunei Darussalam (NBD). Menerusi kajian ini, aspek kesalahan bahasa dan jenis-jenisnya, dan kekerapan kesal ah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1992
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8878/1/FPP_1992_5_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8878/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang masal ah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di
Tingkatan Menengah Atas (Tingkatan IV), di Negara Brunei Darussalam
(NBD).
Menerusi kajian ini, aspek kesalahan bahasa dan jenis-jenisnya, dan
kekerapan kesal ahan tersebut oleh setiap sampel/kumpulan sampel akan
dapat dikenal pasti. Di samping itu, perbezaan kekerapan kesalahan bahasa
berdasarkan perbezaan lokasi, jantina, tingkat pencapaian, dan status sosioekonomi
sampel/kumpulan sampel dalam kajian ini akan dapat dikenal pasti
juga.
Untuk mencapai maksud ini, pengkaji telah memilih 10 buah sekolah
menengah yang terdapat di NBD, iaitu lima buah di Daerah Brunei dan Muara, dua buah di Daerah Tutong, dua buah di Daerah Belait, dan sebuah di
Daerah Temburong. Jumlah sampel kajian ini ialah sebanyak 200 orang,
iaitu 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan.
Setelah pemerosesan data dilakukan, kajian ini telah menemukan
sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata, dan 607 kesalahan
ejaan yang telah dilakukan oleh keseluruhan sampel. Secara purata kesalahan
yang dilakukan oleh setiap sampel (kesemuanya 200 orang) ialah 6.2
kesalahan ayat, 6.3 kesalahan kata dan 3.0 kesalahan ejaan. |
---|