Kepimpinan Instruksi dan Pencerapan Pengajaran di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat

Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Seko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Chong Nim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1991
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8863/1/FPP_1991_2_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8863/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) khasnya. Bagaimanapun, kajian mengenai kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua masih kurang diusahakan di negara ini. Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru sekolah rendah dan menengah terhadap kekerapan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi yang dilakukan oleh guru besar dan pengetua mereka. Tinjauan juga dilakukan untuk melihat persepsi guru-guru mengenai pencerapan ke ata s pengajaran guru dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini menyelidiki tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua mereka. Sejumlah 401 orang guru dari 30 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kelompok berlapis daripada 69 buah sekolah yang mempunyai lebih daripada 1900 orang guru dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor Darul Ehsan. Setiap subjek dalam sampel diminta mengisi satu soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri. Alat kajian tersebut dipadankan dari "The Principal Management Rating Scale" oleh Hallinger (1987)•