Sukan massa sebagai mekanisma pembangunan komuniti : satu kajian mengenai pemahaman dan pendekatan
Sukan memberi pelbagai kesan positif kepada individu yang menyertainya dan ia berpotensi menjadi instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan, baik di peringkat individu itu sendiri dan juga untuk pembangunan komunitinya. Oleh itu kajian ini cuba mengenal pasti sama ada pemahaman para pegawai di age...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8787/1/FEM_2003_1%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8787/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sukan memberi pelbagai kesan positif kepada individu yang menyertainya dan
ia berpotensi menjadi instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan, baik di
peringkat individu itu sendiri dan juga untuk pembangunan komunitinya. Oleh
itu kajian ini cuba mengenal pasti sama ada pemahaman para pegawai di
agensi kerajaan yang terlibat, hala tuju dan pendekatan yang telah diambil oleh
mereka serta tanggapan dan penyertaan komuniti dapat merealisasikan
potensi sukan massa ini sebagai mekanisma pembangunan komuniti. Kajian
secara kualitatif sebagai kaedah utama ini dijalankan melalui kajian kes dan
pengkaji memilih kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
sebagai lokasi kajian.
Pengumpulan data di peringkat pegawai perancang di Kementerian Belia dan
Sukan (KBS), pegawai pelaksana di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gombak, Selangor dan MPS serta komuniti adalah diperolehi melalui temubual
secara mendalam. Di peringkat komuniti, pengumpulan data mengenai
tanggapan terhadap sukan massa dan penyertaan mereka turut disokong
dengan kaedah kuantitatif melalui soaselidik. Pegawai-pegawai agensi
kerajaan yang menjadi responden kajian adalah terdiri dari pegawai
pengurusan tertinggi dan pegawai pengurusan pertengahan yang terlibat
secara lang sung dalam perancangan atau pelaksanaan program
pembangunan sukan massa. Manakala responden di peringkat komuniti
adalah dari kalangan mereka yang menyertai sukan massa secara aktif dan
berterusan.
Pemahaman pegawai terhadap konsep dan falsafah dan tanggapan positif
komuniti terhadap faedah sukan massa memperlihatkan bahawa sukan massa
amat berpotensi untuk menjadi mekanisma pembangunan komuniti. Faedah-faedah
positif sukan massa yang d itanggap adalah dalam peningkatan
kesihatan dan kecergasan, pembentukan disiplin dan penggunaan masa
secara berfaedah serta peningkatan jalinan interaksi sosial kepada individu
yang menyertainya dapat menyokong ke arah pembangunan komuniti.
Sokongan kepada pembangunan komuniti ini adalah melalui peningkatan
produ ktiviti yang memberi nilai ekonomi, pengurangan masalah sosial dan
jenayah yang memberi keamanan dan keselamatan dan pemupukan
perpaduan yang menyatupadukan komuniti. Kesemua faedah ini menjadikan komuniti lebih berpotensi dan bersedia untuk mencapai potensi dan matlamat
pembangunannya. |
---|