Penilaian semula ciri bahasa Melayu klasik berdasarkan perbandingan inskripsi
Kajian ini bertujuan untuk menilai semula ciri bahasa Melayu klasik (BMK) berdasarkan ciri yang terdapat pada tiga batu bersurat pada abad ke-14, iaitu batu bersurat Terengganu (1303), batu bersurat Pagaruyung, Minangkabau (1356) dan batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380). Kebanyakan pengkaji sebelu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2020
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87102/ https://ejbl.kuis.edu.my/index.php/e-jbl/article/view/47 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai semula ciri bahasa Melayu klasik (BMK) berdasarkan ciri yang terdapat pada tiga batu bersurat pada abad ke-14, iaitu batu bersurat Terengganu (1303), batu bersurat Pagaruyung, Minangkabau (1356) dan batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380). Kebanyakan pengkaji sebelum ini beranggapan bahawa ketiga-tiga batu bersurat ini menjadi bukti permulaan zaman BMK berdasarkan tahun penghasilan batu-batu bersurat tersebut yang dianggap sezaman dan beberapa ciri lain. Namun begitu, didapati ciri-ciri bahasa Melayu klasik itu sendiri, terutama aspek sistem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa tidak dikaji secara menyeluruh. Bagi menganalisis perbezaan ciri bahasa Melayu klasik ini, kaedah analisis perbandingan teks akan dilakukan terhadap ketiga-tiga batu bersurat tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa inskripsi pada batu-batu bersurat ini mempunyai ciri bahasa yang berbeza antara satu sama lain. Terdapat empat ciri bahasa Melayu yang membezakan batu bersurat Terengganu dengan batu bersurat lain, iaitu batu bersurat Terengganu menggunakan aksara Jawi, menggunakan kosa kata klasik, kata pangkal ayat dan ayat yang panjang dan berulang-ulang, manakala batu bersurat lain tidak menggunakannya. Penemuan ini membolehkan penilaian semula dibuat terhadap ciri bahasa Melayu klasik. Ciri bahasa Melayu klasik telah dimurnikan dan berjaya membuktikan bahawa hanya batu bersurat Terengganu sahaja yang menggunakan bahasa Melayu klasik manakala yang lain masih tergolong dalam bahasa Melayu praklasik/kuno. Implikasi kajian ini akan memberi manfaat kepada golongan pendidik di peringkat pra universiti dan juga Institusi Pengajian Tinggi, para pelajar, penggubal-penggubal soalan dan seterusnya pengkaji-pengkaji bahasa akan datang. |
---|