Fungsi Sistem Hipermedia dan Pengintegrasiannya
Tesis ini membincangkan tentang kajian mengenai fungsi-fungsi Sistem Hipermedia serta pengintegrasian fungsi-fungsi tersebut. Kajian dilakukan dengan mengkaji Reka Bentuk sistem hipermedia yang telah wujud dan membina satu Sistem Prototaip Penyemak Seimbas Hipermedia (Mikromedia). Mikromedia dib...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8639/1/FSAS_1997_24_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8639/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini membincangkan tentang kajian mengenai fungsi-fungsi Sistem
Hipermedia serta pengintegrasian fungsi-fungsi tersebut. Kajian dilakukan
dengan mengkaji Reka Bentuk sistem hipermedia yang telah wujud dan membina
satu Sistem Prototaip Penyemak Seimbas Hipermedia (Mikromedia). Mikromedia
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic.
Mikromedia beroperasi dalam persekitaran pengaturcaraan tetingkap
menggunakan komputer peribadi multimedia (multimedia PC). Salah satu fungsi utarna Mikromedia adalah sebagai penyemak seimbas untuk memaparkan
dokumen hipermedia. Dokumen hipermedia ini boleh dibina oleh pengguna
menggunakan Editor Teks yang terdapat dalarn Mikromedia. Dokumen
hipermedia yang hendak dibina mesti menggunakan Bahasa Hiperteks
Mikromedia. Bahasa Hiperteks Mikromedia merupakan satu Bahasa Tandaan
(Markup Language) yang digunakan untuk 'mengaturcara' dokumen hipermedia.
Penggunaan Bahasa Hiperteks Mikromedia ini harnpir sarna dengan konsep
HTML (HyperText Markup Language) untuk dokumen dalam Web.
Mikromedia mempunyai beberapa fungsi untuk membantu pengguna
membina atau mengarang dokumen hipermedia. Fungsi-fungsi tersebut adalah
Editor Teks, Editor Grafik, Editor Audio, Penterjemah Teks-kepada-penuturan
(Text-to-speech) dan Sistem Bantuan. Pengguna boleh membina koleksi
maklumat yang mengandungi teks, grafik, suara dan video yang dintegrasikan ke
dalam dokumen hipermedia. Mikromedia juga boleh digunakan sebagai sistem
pengarang untuk membangunkan Buku Elektronik bagi komputer tersendiri
dengan menggunakan konsep hipermedia. |
---|