Pemetakan Progresif Suatu Sistem Persamaan Pembezaan Biasa Dengan Kaedah Multilangkah
Suatu sistem persamaan pembezaan biasa (PPB) secara praktiknya mengandungi persamaan jenis kaku dan juga tak kaku. Telah difahamkan juga bahawa untuk menangani jenis persamaan pembezaan itu kaedah Adams dan FBB (Formulasi Beza Ke Belakang) masing-masing digunakan untuk menyelesaikan jenis tak ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1995
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8600/1/FSAS_1995_8_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8600/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Suatu sistem persamaan pembezaan biasa (PPB) secara
praktiknya mengandungi persamaan jenis kaku dan juga tak kaku.
Telah difahamkan juga bahawa untuk menangani jenis persamaan
pembezaan itu kaedah Adams dan FBB (Formulasi Beza Ke Belakang)
masing-masing digunakan untuk menyelesaikan jenis tak kaku dan
kaku. Kaedah Adams sesuai untuk masalah tak kaku kerana syarat
kestabilan relatif yang baik dan ralat pangkasan yang kecil.
Sementara untuk masalah kaku kaedah FBB lebih sesuai kerana
kaedah ini mempunyai rantau kestabilan mutlak yang luas iaitu
hampir separuh kiri satah hA dengan A adalah nilai eigen bagi
Jakobian sistem itu.
Dalam menyelesaikan suatu sistem persamaan pembezaan yang
mengandungi dua jenis persamaan itu lugas pertama sebelum
pemetakan adalah mengenaJpasti persamaan-persamaan yang kaku dan
kemudian memasukkan persamaan itu ke dalam subsistem kaku. Dalam
kaedah pemetakan yang digunakan dalam kajian ini proses yang digunakan dalam pemetakan itu adalah secara progresif yang
bermakna di1akukan seiring dengan penyelesaian. Kriteria yang
digunakan untuk mengenalpasti kekakuan adalah ketaktumpuan
lelaran dalam penyelesaian sesuatu persamaan itu. Bab IV akcm
menjelaskan proses pemetakan ini ke atas sistem yang kecil.
Oalam proses pemetakan dalam kajian ini juga menggunakan teknik
tidak menetapkan peringkat untuk setiap persamaan dalam sistem
yang dipetakkan atau disebut mengubah peringkat secara komponen.
Sebab-sebab melakukan demikian dijelaskan dalam Bab III. |
---|