Hubungan antara motivasi belajar dan tingkah laku interpersonal guru dengan prestasi murid tingkatan empat Prinsip Perakaunan

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan tahap motivasi belajar dan tingkah laku guru dalam subjek Prinsip Perakaunan. Selain itu kajian ini juga mencari hubungan antara motivasi belajar dan tingkah laku interpersonal guru dengan prestasi murid Prinsip Perakaunan. Kajian berbentuk kuant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizan, Ahmad Tarmizi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84570/1/FPP%202019%2025%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84570/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan tahap motivasi belajar dan tingkah laku guru dalam subjek Prinsip Perakaunan. Selain itu kajian ini juga mencari hubungan antara motivasi belajar dan tingkah laku interpersonal guru dengan prestasi murid Prinsip Perakaunan. Kajian berbentuk kuantitatif ini dilaksanakan di Pulau Pinang dan responden kajian terdiri daripada 273 murid tingkatan empat yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan sebagai mata pelajaran elektif. Terdapat dua instrumen digunakan iaitu Ujian Perakaunan untuk menentukan prestasi murid Prinsip Perakaunan dan borang kaji selidik untuk menentukan motivasi belajar dan tingkah laku interpersonal guru berdasarkan pandangan murid. Borang kaji selidik yang digunakan diadaptasi daripada Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) dan Questionnaire on Teacher Interaction (QTI). Terdapat enam dimensi motivasi belajar yang diukur iaitu orientasi matlamat intrinsik, orientasi matlamat ekstrinsik, nilai tugas, kawalan kepercayaan pembelajaran, efikasi kendiri untuk pembelajaran dan kebimbangan ujian. Tingkah laku interpersonal guru yang diukur melibatkan tujuh kategori tingkah laku iaitu tingkah laku kepemimpinan, tingkah laku membantu, tingkah laku memahami, tingkah laku kurang pasti, tingkah laku tidak puas hati, tingkah laku menegur dan tingkah laku tegas. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi belajar adalah tinggi. Tahap tingkah laku kepemimpinan, tingkah laku memahami, tingkah laku membantu dan tingkah laku tegas adalah tinggi manakala tingkah laku kurang pasti, tingkah laku tidak puas hati dan tingkah laku kerap menegur di tahap rendah. Terdapat hubungan signifikan antara motivasi belajar dengan prestasi murid Prinsip Perakaunan. Terdapat juga hubungan signifikan antara tingkah laku memahami, kurang pasti dan tidak puas hati dengan prestasi murid Prinsip Perakaunan. Berdasarkan hasil analisis regresi berganda, orientasi matlamat intrinsik dan orientasi matlamat ekstrinsik merupakan faktor peramal kepada prestasi murid Prinsip Perakaunan. Adalah diharapkan melalui kajian ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai alternatif baru untuk menggambarkan profil tingkah laku interpersonal guru yang boleh dijadikan garis panduan dalam memilih tenaga kerja baru dalam subjek Prinsip Perakaunan.