Nilai modal insan dalam novel teks komsas
Tesis ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang menyerlahkan beberapa lompong ilmiah dalam pengkajian tentang teks yang digunakan dalam pengajaran Komponen Kesusasteraan dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Antaranya, soal kesesuaian teks-teks KOM...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83298/1/FBMK%202018%2069%20-%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83298/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada
yang menyerlahkan beberapa lompong ilmiah dalam pengkajian tentang teks yang
digunakan dalam pengajaran Komponen Kesusasteraan dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu (KOMSAS). Antaranya, soal kesesuaian teks-teks KOMSAS yang masih
menimbulkan perbahasan. Pengamatan turut mengenal pasti kecenderungan kajiankajian
ilmiah dalam menerapkan teori, pendekatan atau model Barat, selain beberapa
kajian yang menerapkan teori/model sastera cetusan para sarjana tempatan. Selain itu,
rata-rata kajian juga diusahakan pada skala sederhana dan meneliti sejumlah kecil teks
KOMSAS. Kesemua lompong di atas diajukan sebagai satu permasalahan yang
menuntut kepada pengkajian ilmiah secara sistematik. Dengan permasalahan di atas,
tesis ini distrukturkan bagi mencapai tiga objektif. Pertama, mengorganisasikan nilainilai
yang menunjangi gagasan Modal Insan dalam sebuah kerangka analisis yang
sistematik. Kedua, menganalisis novel-novel teks KOMSAS menurut kerangka Modal
Insan. Ketiga, merumuskan kesesuaian nilai-nilai yang terkandung dalam novel-novel
teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif
ini, tesis ini mengguna pakai pendekatan analisis teks (textual analysis) melalui
gagasan Modal Insan yang diterapkan sebagai kerangka analisis. Berasaskan kerangka
ini, tesis ini menganalisis 19 buah novel iaitu jumlah keseluruhan novel yang dijadikan
teks KOMSAS untuk murid-murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dari tahun 2010
hingga 2016. Tesis ini berhasil dalam mengorganisasikan nilai-nilai yang menunjangi
kerangka Modal Insan, yang kesemuanya merangkumi nilai berilmu, berkeyakinan,
beretika, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, sihat, kreatif, inovatif, patriotik,
keadilan, cekal dan berdaya saing. Analisis ini juga mendapati bahawa nilai “Cekal”
mendominasi nilai-nilai Modal Insan menerusi novel teks KOMSAS. Seterusnya
diikuti dengan nilai “Berilmu”, “Keyakinan”, “Patriotik”, “Disiplin”, “Sihat”,
“Inovatif”, “Sopan Santun” dan “Kreatif”. Nilai yang kurang dimanifestasikan dalam
teks novel KOMSAS ialah ialah “Etika”, Dinamik”, “Keadilan” dan “Berdaya Saing”,
masing-masing dalam sebuah teks. Analisis ini turut mendapati novel Konserto
Terakhir memanifestasikan nilai yang paling banyak menerusi novel teks KOMSAS.
Secara keseluruhannya, tesis ini merumuskan bahawa kesemua novel yang dikaji didapati sesuai dijadikan sebagai teks KOMSAS. Dapatan-dapatan ini dengan jelas
membuktikan bahawa nilai Modal Insan memainkan peranan penting ke arah usahausaha
untuk membangunkan modal insan dalam kalangan murid. |
---|