Kebimbangan bahasa guru pelatih terhadap pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab dan kaitannya dengan strategi pembelajaran

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk melihat strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang berkesan dalam mempelajari bahasa asing termasuk bahasa Arab. Dalam hal ini, dapatan kajian lepas telah menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran sesuatu bahasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamzah, Abdullah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83254/1/FBMK%202018%2066%20-ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83254/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai kajian telah dilakukan untuk melihat strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang berkesan dalam mempelajari bahasa asing termasuk bahasa Arab. Dalam hal ini, dapatan kajian lepas telah menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran sesuatu bahasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya kebimbangan. Kajian lepas juga juga menunjukkan bahawa kebimbangan juga memberi kesan positif dan juga negatif terhadap pembelajaran bahasa dan juga SPB. Namun sehingga kini kajian empirikal yang menunjukkan bagaimana kebimbangan tersebut mempengaruhi penggunaan SPB untuk menguasai kemahiran bertutur dalam kalangan guru pelatih bahasa Arab belum dapat ditemukan. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti kebimbangan bahasa yang dialami oleh guru pelatih dalam kelas pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab, menganalisis SPB yang digunakan oleh mereka, dan seterusnya merumuskan bagaimana kebimbangan bahasa tersebut mempengaruhi penggunaan mereka terhadap SPB semasa mempelajari kemahiran ini. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai 11 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang sedang mengikuti kelas Kemahiran Berbahasa Arab (BAMB3013) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian pula diperoleh daripada 66 buah catatan diari responden, di samping temu bual separa struktur bersama responden dan juga pensyarah. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan teori SPB O’Malley dan Chamot serta teori kebimbangan kelas bahasa oleh Horwitz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan dominan yang dialami guru ialah ‘risau gagal memahami makna kosa kata’, ‘risau tidak cukup persediaan dan latihan’, ‘risau kekurangan kosa kata’ dan ‘risau dianggap tidak pandai’. Kebimbangan ini berpunca daripada sikap semula jadi responden sendiri, bentuk aktiviti bertutur yang dijalankan serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan dan juga pensyarah dalam kelas pembelajaran. Hasil kajian juga mendapati strategi sosial afektif menjadi pencetus dalam membina keyakinan diri dan motivasi responden untuk berusaha mempelajari kemahiran bertutur. Manakala strategi metakognitif mendominasi penggunaan SPB apabila mereka membuat persediaan lebih awal sebelum kelas bahasa tersebut. Aspek pengaruh kebimbangan terhadap SPB pula menunjukkan bahawa keresahan komunikasi merupakan kebimbangan yang paling mempengaruhi penggunaan SPB. Antara contoh yang paling ketara ialah keresahan tidak memahami mesej lisan merangsang responden untuk menggunakan strategi bertanya dan merujuk sumber, manakala resah bertutur di depan khalayak mendorong responden membuat persediaan awal, berinteraksi dengan diri sendiri dan meredakan kebimbangan. Secara keseluruhannya kebimbangan guru pelatih ini memberi impak positif yang mendorong mereka untuk lebih aktif menggunakan strategi metakognitif dengan merancang dan menguruskan pembelajaran kemahiran bertutur secara lebih efektif dan berkesan.