Perlindungan Pengguna dan Undang-Undang Jualan Barang di Malaysia
Era moden ini merupakan pengarak teknologi, perdagangan dan perindustrian yang ultramoden, komplikated dan canggih. Era ini merupakan era revolusi maklumat. Falsafah abad ke 19 telah diambilalih oleh teknologi abad ke 20. Abad ke 20 menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Daripada se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8311/1/FEP_2002_8_IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8311/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Era moden ini merupakan pengarak teknologi, perdagangan dan perindustrian yang
ultramoden, komplikated dan canggih. Era ini merupakan era revolusi maklumat.
Falsafah abad ke 19 telah diambilalih oleh teknologi abad ke 20. Abad ke 20
menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Daripada sebuah
masyarakat agraria, negara moden telah berubah menjadi rata-ratanya masyarakat
bandar, di mana kehendak dan keperluan yang mudah telah diambilalih oleh
pemasaran dan penggunaan besar-besaran. Dalam alam jualan barang pengguna,
antara pengguna dan peniaga, wujud ketidakseimbangan kuasa yang fundamental
dalam aspek kuasa berunding, pengetahuan mengenai sifat dan komponen teknikal
barangan, serta sumber. Di pasaran pengguna memerlukan lebih perlindungan.
Undang-undang usang mengenai perlindungan pengguna yang terkandung dalam
Akta lualan Barang-barang 1957 tidak berupaya menangani permasaiahan yang
dialami oleh masyarakat moden dan canggih abad ke 21. Akta lualan Barang-barang
1957 adalah lapuk dan memerlukan nafas baru. Kepincangan dalam undang-undang sedia ada berhubungkait jualan barang wujud berasaskan tiga landasan; (i) doktrin
asas pembentukan kontrak, doktrin kebebasan berkontrak dan priviti kontrak; (ii)
peruntukan substantif, berhubungkait terma tersirat dalam kontrak jualan barang dan
peruntukan remedial; serta (iii) aspek akses kepada keadilan. Kebebasan berkontrak
tidak lagi sesuai dijadikan doktrin landasan pembentukan undang-undang berkaitan
jualan barang pengguna, sementara doktrin priviti kontrak pula telah lama dilihat
sebagai halangan utama tuntutan pengguna. Peruntukan substantif yang terkandung
dalam Akta lualan Barang-barang 1957 mengandaikan kesamarataan kuasa
ekonomi pihak-pihak yang berkontrak; ini tidak lagi membayangkan realiti pasaran
kini. Tuntutan pengguna rata-ratanya merupakan tuntutan kecil. Masalah sebegini
jarang sekali sampai ke mahkamah disebabkan pelbagai formaliti dan
kekompleksan, kelengahan, kos litigasi seseorang pengguna perlu harungi.
Penyelesaian pertikaian alternatif komplimen litigasi dengan menyediakan proses
yang boleh berdiri sendiri atau digunakan sebagai tambahan kepada adjudikasi.
Proses penyelesaian pertikaian alternatif ini menawarkan harapan kepada konflik
j ualan pengguna.
Perlindungan pengguna secara beransur-ansur menjadi ciri undang-undang
moden yang diiktiraf. Sudah tiba masanya undang-undang jualan barang bergerak
seiring dengan perkembangan dunia perdagangan, khususnya yang melibatkan
pengguna. Penyelidikan ini merupakan satu kajian menyeluruh berorientasikan
pengguna mengenai undang-undang jualan barang di Malaysia, memfokus
khususnya pada kepincangan Akta Jualan Barang-barang 1957. Pada tahun 1999,
Akta Pelindungan Pengguna 1999 telah diluluskan, memperkenalkan beberapa pembaharuan radikal dalam arena pembekalan barang yang melibatkan pengguna.
Ciri-ciri penting Akta ini yang menyentuh tentang pembekalan barang adalah
dibincangkan. Cadangan pindaan kemudiannya dikemukakan bagi kedua-dua
perundangan, Akta lualan Barang-barang 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna
1957, khususnya pembahagian yang lebih jelas tentang bidangkuasa perundanganperundangan
ini, dengan matlamat akhir menyediakan perlindungan pengguna yang
lebih mantap dalam kontrak jualan barang yang melibatkan pengguna. |
---|