Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Pembangunan Komuniti di Mukim Chenderiang, Tapah, Perak
Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji profail beberapa pembolehubah bebas dan bersandar serta keterkaitan di antara kedua pembolehubah. Pembolehubah bebas iaitu ciri-ciri sosioekonomi dan demografi, sikap terhadap penerimaan program PPRT, pengetahuan responden mengenai PPRT, keperlu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8206/1/FEM_1997_4_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8206/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji profail beberapa
pembolehubah bebas dan bersandar serta keterkaitan di antara kedua
pembolehubah. Pembolehubah bebas iaitu ciri-ciri sosioekonomi dan demografi,
sikap terhadap penerimaan program PPRT, pengetahuan responden mengenai
PPRT, keperluan responden. pengaruh keluarga atau kawan-kawan dan
peranan agensi pelaksana. Pembolehubah bersandar adalah kerjasama
masyarakat yang terdiri daripada penerimaan dan penggunaan bantuan
kerajaan dengan efisien, mengikuti kursus-kursus. menghadiri mesyuarat dan
bantuan dalam menjayakan PPRT.
Penyelidik menggunakan soalselidik untuk mengetahui latar belakang
responden PPRT dan tingkat kerjasama responden bagi mengumpulkan data
penyelidikan. Responden kajian diambil daripada 57 orang ketua isi rumah (KIR) masyarakat termiskin yang menjadi peserta PPRT di Mukim Chenderiang,
Perak.
Penyelidikan ini mendapati pendapatan responden secara purata masih
di bawah garis kemiskinan iaitu RM153.50 untuk 4 orang isi rumah. Sikap
responden terhadap program PPRT cukup positif. Mereka bekerjasama dalam
menghadiri mesyuarat dan menyertai kursus. Persepsi dan pengetahuan
responden tentang PPRT sangat baik. Kerjasama responden dalam
menjayakan PPRT dan mengusahakan bantuan agak lemah, ini disebabkan
kuantiti bantuan yang diberi kurang memuaskan dan tidak sesuai dengan
keperluan-keperluan responden. Responden mengakui bahawa penyertaan
mereka dalam PPRT bukan seluruhnya didorong keluarga dan kawan.
Pihak kerajaan perlu meneliti dahulu secara mendalam terhadap
keperluan-keperluan dan masalah pembangunan di Mukim Chenderiang. Hal ini
dilakukan supaya pelaksanaan pembangunan berhubungkait dengan masalah
yang berlaku sehingga kesan pembangunan memberi manfaat terhadap
responden. Sesuatu pembangunan yang dijalankan tanpa memperdulikan
keperluan anggota komuniti tempatan menyebabkan sikap prasangka komuniti
terhadap kerajaan.
Agen pembangunan yang ditugaskan kurang memberikan sepenuh masa
dalam melaksanakan program PPRT. Agen tidak berusaha mengajak responden agar sama-sama menjalankan aktiviti PPRT. Agensi hanya melaksanakan
sendiri program PPRT tanpa mengajak responden sehingga hubungan
kerjasama kurang terjalin. |
---|