Pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani

Makalah ini melihat pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomidalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani (2015) karya Nazri Hussein. Fokus kajian ini adalah untuk (i) mengklasifikasi pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dan (ii) menganalisis pemikiran Islam dalam konteks sosio ekonomi untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Normaizatul Anis, Mohd Hanafiah, Halis Azhan
Format: Article
Published: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81640/
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21229
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini melihat pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomidalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani (2015) karya Nazri Hussein. Fokus kajian ini adalah untuk (i) mengklasifikasi pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dan (ii) menganalisis pemikiran Islam dalam konteks sosio ekonomi untuk melihat perkaitannya dengan masyarakat yang terdapat dalam enam buah cerita yang dipilih. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian Pendekatan Kemasyarakatan bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Pendekatan ini melihat sastera sebagai alat pendedahan kepada segala persoalan yang wujud dan bertujuan mencari kebaikan dan kesejahteraan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemikiran Islam dalam konteks sosio ekonomi berdasarkan kepada enam buah cerita yang dipilih membincangkan persoalan kemiskinan dan penindasan, kesamarataan hak, pembangunan, pekerjaan dan perbandaran sesuai diterapkan dengan Pendekatan Kemasyarakatan.