Pengaruh kecerdasan emosi dan perapatan pegawai agensi anti dadah kebangsaan, ibu bapa serta rakan sebaya dengan regulasi kendiri dalam pendidikan kepulihan orang kena pengawasan
Masalah penagihan dadah merupakan salah satu isu utama yang dihadapi bukan sahaja di negara kita, malah isu tersebut merupakan isu global pada masa kini. Kadar penagihan dadah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan pelbagai pendekatan pendidikan pencegahan, penguatkuasaan serta pend...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77547/1/FPP%202019%2012%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77547/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah penagihan dadah merupakan salah satu isu utama yang dihadapi bukan sahaja di
negara kita, malah isu tersebut merupakan isu global pada masa kini. Kadar penagihan dadah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan pelbagai pendekatan pendidikan pencegahan, penguatkuasaan serta pendidikan kepulihan digunakan untuk mengatasi masalah ini. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kecerdasan emosi dan perapatan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), ibu bapa dan rakan sebaya dengan regulasi kendiri dalam pendidikan kepulihan Orang Kena Pengawasan. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dan korelasi.
Seramai 300 orang OKPPK berusia 19 hingga 36 tahun dipilih menggunakan persampelan rawak berstrata mewakili setiap daerah di negeri Pahang sebagai sampel. Instrumen yang digunakan terdiri daripada soal selidik demografi, soal selidik kecerdasan emosi, soal selidik perapatan guru, ibu bapa dan rakan sebaya serta soal selidik regulasi kendiri. Data deskriptif di analisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Hasil penyelidikan menunjukkan tahap kecerdasan emosi (M = 3.30, SP = 0.412) OKPPK adalah sederhana rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan OKPPK mempunyai perapatan yang lebih tinggi bersama pegawai AADK (M= 3.75,MSP = 0.36) berbanding perapatan dengan ibu bapa (M = 3.50, SP = 0.29) dan rakan sebaya (M = 3.46, SP = 0.52). Selain itu, kajian mendapati, regulasi kendiri (M = 3.48, SP = 0.338) bagi OKPPK di negeri Pahang berada
pada tahap sederhana. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan regulasi kendiri. Namun begitu, terdapat
hubungan signifikan yang positif antara perapatan pegawai AADK dengan regulasi kendiri (N=295, r=0.387**, p= 0.01). Di samping itu, terdapat hubungan signifikan yang positif antara perapatan ibu bapa dengan regulasi kendiri (N=295, r=0.390**, p= 0.01). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara perapatan rakan sebaya dengan regulasi kendiri (N=295, r=0.311**, p=0.01). Manakala, hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan model regresi yang terdiri daripada perapatan pegawai AADK, perapatan ibu bapa dan perapatan rakan sebaya boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 21.6 % daripada varians regulasi kendiri OKPPK (F3,294 = 26.675, p = .000 < .05). Perapatan pegawai AADK (β = .190, t = 3.199, p<.05), perapatan ibu bapa (β = .276, t = 3.792, p<.05) dan perapatan rakan sebaya (β = .095, t = 2.536, p<.05) merupakan peramal signifikan kepada regulasi kendiri
OKPPK. Persamaan regresi bagi analisis ini adalah Ȳ = .190X1 + .276x2 + .095x3 + 1.476. |
---|