Peranan pendidikan moral dalam menyuburkan sifat kemanusiaan dalam kalangan komuniti digital

Era Revolusi Industri 4.0 telah memberi cabaran baharu dalam dunia pendidikan dengan penekanan kepada pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi pelbagai teknologi digital dalam pendidikan. Walaubagaimana pun, kesedaran tentang penggunaan teknologi digital secara maya dengan beretika membuka ruang kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: S De Asildo, Noor Zulina, Abdullah, Nur Surayyah Madhubala, Yasin, Maizura, Mohamed Mokhtar, Marzni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76817/1/ICERP_2019-22.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76817/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Era Revolusi Industri 4.0 telah memberi cabaran baharu dalam dunia pendidikan dengan penekanan kepada pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi pelbagai teknologi digital dalam pendidikan. Walaubagaimana pun, kesedaran tentang penggunaan teknologi digital secara maya dengan beretika membuka ruang kepada pengkaji untuk melihat peranan Pendidikan Moral dalam pembentukan insan berakhlak mulia (IBM), khususnya keperluan memperkembangkan sikap dan kecenderungan mempunyai sifat kemanusiaan dalam kalangan pelajar sebagai komuniti digital. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan tentang peranan Pendidikan Moral dalam menerapkan sifat kemanusiaan menerusi pembentukan IBM dari perspektif bidang asas dalam Pendidikan Moral termasuk falsafah, psikologi, sosiologi dan pendidikan moral. Perbincangan akan menunjukkan bagaimana sifat kemanusiaan mendasari maksud sebenar IBM dan seterusnya merumuskan perkaitan maksud IBM dengan peranan Pendidikan Moral dalam konteks komuniti digital. Justeru, kertas ini akan menunjukkan peranan penting Pendidikan Moral dalam menyuburkan sifat kemanusiaan dalam kalangan komuniti digital terhadap penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian.