Pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari dalam kalangan pengguna ke arah kesejahteraan kewangan pengguna
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari ke arah kesejahteraan kewangan pengguna di Semenanjung Malaysia. Penggunaan lestari merupakan satu konsep yang memberi penekanan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam dalam setiap aktiviti yang dijalank...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA)
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76766/1/MACFEA16-12.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76766/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari ke arah kesejahteraan kewangan pengguna di Semenanjung Malaysia. Penggunaan lestari merupakan satu konsep yang memberi penekanan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Objektif khusus kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti 1) pengetahuan, sikap dan amalan pengguna tentang konsep penggunaan lestari, 2) perbezaan faktor demografi (jantina, umur, etnik dan pendidikan) dengan pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari dan 3) perkaitan di antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari dengan kesejahteraan kewangan. Seramai 400 orang responden telah dipilih secara rawak berlapis mengikut zon dan daerah. Data di kumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang dikendalikan oleh pembantu terlatih dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengguna ke atas penggunaan lestari adalah sederhana dan positif, malah tahap kesejahteraan kewangan pengguna juga di tahap yang sederhana. Analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t dan Korelasi Pearson. Hasil kajian faktor demografi iaitu jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap (t = -3.066, p ≤ 0.05) dan amalan penggunaan lestari (t = -2.810, p ≤ 0.05). Begitu juga dengan faktor etnik dan umur menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Selain itu, terdapat juga perkaitan yang signifikan di antara pengetahuan penggunaan lestari dengan kesejahteraan kewangan (r = 0.132**, p ≤ 0.05), manakala tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara sikap dan amalan penggunaan lestari dengan kesejahteraan kewangan. Ini memberi implikasi bahawa strategi dan kempen yang lebih mesra pengguna secara berterusan perlu diketengahkan oleh pihak kerajaan agar penggunaan lestari diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini agar kesejahteraan kewangan pengguna berada dalam keadaan lebih baik. |
---|